BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 9 Mac 2018 – Negeri Terengganu merupakan negeri pantai timur kedua di Malaysia selepas Kelantan yang telah diadakan Bengkel Training Of Trainers (TOT) Jurulatih Utama (JU) Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah. Dua siri bengkel yang berbeza diadakan dengan melibatkan pecahan daerah seperti Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kemaman, Dungun, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus.
Bengkel ini merupakan daripada lanjutan bengkel TOT Jurulatih Utama Pakar (JUP) peringkat kebangsaan. Gabungan 2 siri bengkel yang telah berlangsung bermula 4 -8 Mac 2018 bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu. JU yang hadir merupakan guru-guru yang mewakili sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negeri Terengganu. Pada siri pertama seramai 65 JU telah hadir manakala bengkel siri kedua pula dihadiri oleh 66 orang JU. Selain itu, seramai lapan orang penulis daripada mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia turut hadir dalam bengkel ini.
Kaedah pelaksanaan bengkel adalah sama seperti negeri-negeri lain terlibat dengan melakukan aktiviti mengikut sistem pusingan dan perlu menjalankan sebanyak lima aktiviti yang telah dipilih berdasarkan modul TH. Ia bertujuan bertujuan untuk membolehkan para JU mencuba lebih banyak aktiviti secara hand’s on.
Pelaksanaan bengkel, dimulakan dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei, Pengarah CETREE dan diikuti dengan taklimat berkaitan penggunaan Modul TH dan pelaksanaan bengkel oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Binti Mohd Yunus selaku Timbalan Pengarah CETREE. Taklimat ini bertujuan bagi memberikan gambaran yang jelas kepada para JU tentang tujuan pelaksanaan aktiviti bengkel ini.
Pengarah CETREE melalui taklimatnya telah menekankan dan melontarkan persoalan berkaitan isu-isu pemanasan global dan fenomena perubahan iklim yang berlaku ke atas dunia amnya serta negara kita khususnya. Seterusnya dapat mengenalpasti punca utama pemanasan global yang semakin berleluasa di dunia berpunca daripada aktiviti dan kerakusan manusia yang tinggal di muka bumi ini sendiri seperti pengangkutan, pembakaran bahan api, industri, pembalakkan, pembuangan sisa dan air sisa.
“Turut berkongsi maklumat berkaitan penggunaan Modul Teknologi Hijau dan pelaksanaan bengkel sebagai salah satu maklumat yang paling penting utama seperti penyampaian dan pemindahan ilmu kepada Pengetua dan seluruh warga sekolah berkaitan penerapan dan nilai-nilai murni berkaitan Teknologi Hijau merentasi Kurikulum di sekolah dan menjadi budaya serta amalan kepada generasi muda pada masa akan datang, ” tambah Profesor Madya Dr. Hashimah
“Selain itu, jasa dan pengorbanan guru-guru yang hadir ke bengkel TOT juga amat dihargai ketika berlakunya sepanjang 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu ini, yang mana kadang kala mereka perlu menerima satu lagi tanggungjawab besar dalam penyebaran Teknologi Hijau yang akan digunapakai dalam mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia pada tahun 2020 dan memastikan pembelajaran dan pengajaran di sekolah berjalan dengan jayanya, ” katanya lagi
Terdahulu, Pengarah CETREE, dalam ucapan aluannya, menzahirkan rasa terharu dan besar hati atas komitmen tinggi dan sumbangan besar yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu umumnya bahagian Sektor Pengurusan Akademik, Unit Sains dan khususnya guru-guru yang hadir dengan mengorbankan masa dan berpenat lelah demi mendidik serta memajukan anak-anak semua bangsa di negara Malaysia dan juga masyarakat umum.
Turut hadir adalah Tuan Mohd Razali bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Akademik, Unit Sains, JPN Terengganu, Tuan Haji Wan Zuraidi bin Che Wan Zaid, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Akademik, Unit Bahasa Inggeris, JPN Terengganu, Tuan Haji Zainon bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Akademik, Unit Matematik, JPN Terengganu, Encik Mohd Nordin bin Zakaria, Penolong Pengarah Sains Menengah, Sektor Pengurusan Akademik, Unit Sains, JPN Terengganu dan Tuan Haji Badrol Hisham bin Mohd Nowani, Pegawai Yayasan Hijau Malaysia.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE