BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
AMPANG, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, 19 April 2018 –Bengkel Training of Trainers (ToT) Jurulatih Utama (JU) Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya pada 16 – 18 April 2018.
Pada masa yang sama, komitmen yang baik dapat ditunjukkan Jabatan Pendidikan Negeri dalam status kehadiran JU sekolah menengah terpilih di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke bengkel tersebut, maka bengkel tersebut dihadiri seramai 85 orang JU. JU yang hadir merupakan guru-guru yang mewakili sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, seramai lapan orang penulis daripada mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia turut hadir dalam bengkel ini.
Kaedah pelaksanaan bengkel adalah sama seperti negeri-negeri lain terlibat dengan melakukan aktiviti mengikut sistem pusingan dan perlu menjalankan sebanyak lima aktiviti yang telah dipilih berdasarkan modul TH. Ia bertujuan bertujuan untuk membolehkan para JU mencuba lebih banyak aktiviti secara hands on.
Pelaksanaan bengkel, dimulakan dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) dalam Kurikulum yang disampaikan oleh Encik Kasdi bin Kamin, Penolong Pengarah, Unit Sains Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya diikuti dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei, Pengarah CETREE dan terakhir dengan taklimat berkaitan penggunaan Modul TH dan pelaksanaan bengkel oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Binti Mohd Yunus selaku Timbalan Pengarah CETREE. Taklimat ini bertujuan bagi memberikan gambaran yang jelas kepada para JU tentang tujuan pelaksanaan aktiviti bengkel ini.
Encik Kasdi melalui taklimatnya berkongsi maklumat berkaitan perkembangan kurikulum sekolah menengah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Contohnya seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) daripada tahun 1989 sehingga Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) tahun 2017. Selain itu juga, beliau menyatakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui kitar pembelajaran berasaskan inkuri iaitu penglibatan, penerokaan, penerangan, pengolahan dan penilaian.
Turut hadir adalah Puan Siti Zurina binti Mohd Salleh, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Tuan Haji Badrol Hisham bin Mohd Nowani, Pegawai Yayasan Hijau Malaysia.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Raffi Rosmi