CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

Conference & Exhibition “Malaysian Photovoltaic Industry Association (MPIA) Solar Roadshow 2023”

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG, 2 MARCH 2023 – CETREE telah menerokai dan mempelajari ilmu berkaitan solar dengan menyertai conference & exhibition yang bertajuk “Malaysian Photovoltaic Industry Association (MPIA) Solar Roadshow 2023” yang di anjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST), Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bertempat Eastin Hotel, Bayan Lepas. Pelbagai pakar industri dalam bidang solar turut hadir bagi memberikan input, kelebihan dan ilmu berkaitan penggunaan tenaga solar sebagai sumber alternatif bagi membantu kerajaan dengan mengamalkan dan mempraktikkan amalah tenaga hijau dalam kehidupan seharian. Antara tajuk-tajuk ucapan dan pembentangan yang turut dikongsi bersama peserta-peserta conference adalah seperti Net Energy Metering oleh SEDA, Licensing Requirement oleh ST, New Solar Technologies, Solar Funding & Financing oleh CIMB Bank, Tax Incentives for Solar Investment oleh MIDA, Solar Insurance & Risk Management, Solar Return of Investment & Business Module oleh MPIA. Conference & Exhibition diserikan dengan kehadiran YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang bagi merasmikan conference & exhibition tersebut. Turut sama hadir bagi melengkapkan dan memberikan semangat kepada pesert-peserta adalah daripada agensi-agensi industri terkemuka di Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang solar dalam menyebarkan ilmu berkaitan solar dan kelebihan penggunaannya.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.