CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

FESTIVAL SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2023

ALOR SETAR, KEDAH, 14-15 OGOS 2023 - Penganjuran Festival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat Negeri Kedah tahun 2023 telah berjaya dijalankan selama 2 hari bertempat di Dewan Utama Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), Kedah. Festival ini merupakan acara tahunan negeri di bawah Unit Pembangunan Bakat Murid-STEM, JPN Kedah dengan kerjasama rakan strategik daripada PSNCWU, Kedah, Kedah Digital Centre, MASVERSE Sdn.Bhd., CETREE, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Elvira System Sdn.Bhd., Malaysia Techlympics, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Utara Malaysia.

Festival ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat negeri dan secara tidak langsung menyokong aktiviti STEM dan Sustainable Development Goals (SDG) yang dijalankan di seluruh sekolah di Malaysia. Pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang festival ini berlangsung. Antaranya seperti pameran-pameran agensi kerajaan dan swasta, persembahan sains, bengkel ISOBOT, pertunjukkan Robot dan 13 pertandingan yang dipertandingkan sepanjang festival ini berlangsung. Sambutan daripada sekolah-sekolah di sekitar dan ibu bapa yang hadir sama sepanjang 2 hari festival ini berlangsung amat memberansangkan.

Turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia, Simon Ooi Tze Min, Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Sabri Osman, BCK., Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) dan En. Hafizul Hanif Abu Bakar, Ketua Cawangan PSNCWU, Kedah serta pegawai-pegawai daripada JPNK bagi merasmikan festival STEM 2023 yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 14-15hb Ogos 2023. Kepakaran daripada Universiti Sains Malaysia (USM), tidak terkecuali dalam sama-sama membantu menjayakan festival ini dengan jemputan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebagai hakim bagi 2 kategori iaitu pertandingan Young Innovators Fair dan Young STEMIST Conference. Antaranya ialah Dr. Faizal Baharum, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, Dr. Khozema Ahmed Ali, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM dan En. Syafiq Saifullah Azmi, CETREE, CGSS, USM. Dalam masa yang sama, Unit Pameran Bergerak CETREE turut sama hadir sepanjang 2 hari festival ini berlangsung bagi memberikan pendedahan berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau melalui pameran outdoor.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Syafiq Saifullah Azmi / Muhammad Firdaus Hakimi Mohd Nordin

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.