CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

FESTIVAL SCIENCE TECHNOLOGY, ENGINEERING, ARTS AND MATHS (STEAM) 2023 AT TENBY SCHOOL INTERNATIONAL 

TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG, 13 MEI 2023 – Hari terbuka bersama bersama warga Tenby International School sempena program Festival Science Technology, Engineering, Arts and Maths (STEAM) 2023 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran ibubapa dan murid-murid sekolah daripada International School. Festival STEAM merupakan program tahunan yang diadakan oleh Tenby International School. Festival ini bertujuan bagi memberikan pendedahan dan perkongsian ilmu awal kepada murid-murid dan ibubapa yang hadir berkaitan implementasi Science Technology, Engineering, Arts and Maths (STEAM) dapat diaplikasi dalam pembelajaran dan kehidupan sebenar. Di samping itu, festival ini diadakan bertujuan juga untuk mewujudkan kesedaran dalam pempamer Science Technology, Engineering, Arts and Maths (STEAM) dan pengunjung yang hadir tentang pencapaian matlamat pembangunan lestari di mana ia dipanggil sebagai United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

Dalam festival tersebut, CETREE berpeluang dijemput bagi mengadakan pameran dengan perkongsian ilmu berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau selari dengan hasrat festival yang diadakan oleh Tenby International School. Dengan kehadiran Unit Pameran Bergerak (UPB) Teknologi Hijau oleh CETREE, para pengunjung diberikan pendedahan dengan kit-kit hand's-on berkaitan tenaga alternatif seperti tenaga solar sebagai sumber utama dijana bagi kegunaan kit-kit pameran yang terdapa pada UPB dan diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman untuk mengisi minyak masak terpakai pada kenderaan UPB, dimana ia merupakan sumber alternatif utama yang digunakan oleh CETREE bagi menggerakan kenderaan UPB menggantikan minyak diesel.

Selain itu juga, pengunjung yang hadir diberikan pendedahan tentang kit kecekapan tenaga dalam mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan individu tersebut. Festival Science Technology, Engineering, Arts and Maths (STEAM) 2023 diserikan lagi dengan kehadiran Encik Azlan Sharom, Director of National Schools, from International Schools Partnership, Puan Jeanne Denyer, Campus Principal of Tenby Schools Penang, Puan Henrietta Jameso, Head of International Primary, Puan Julia Maunder, Head of International Secondary dan Cik Teoh Sin Yee, Head of National Primary and Secondary. Manakala CETREE diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rodzi Bin Ismail, Dekan Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, USM, yang merupakan mantan Timbalan Pengarah CETREE bersama Dr. Mohd Sukri Shafie, Pegawai Penyelidik Kanan, CETREE sebagai pemudahcara kepada pengunjung yang hadir ke Unit Pameran Bergerak (UPB) Teknologi Hijau CETREE.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi / Muhammad Afiq Azeman
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.