Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

FESTIVAL TEKNOLOGI HIJAU DAN STEM-BIODIVERSITI SECARA DALAM TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Tahun 2023, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) akan menganjurkan Festival Teknologi Hijau dan STEM-Biodiversiti secara dalam talian Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam bidang Science Technology, Engineering and Maths (STEM) terutamanya dalam bidang Teknologi Hijau dan Biodiversiti serta kepentingannya. Terdapat 8 katergori yang bakal dipertandingkan yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan swasta (persendirian) seluruh Malaysia. Antara kategori pertandingan yang dinyatakan adalah seperti Kuiz Kecekapan Tenaga, Kuiz Teknologi Hijau, Kuiz STEM-Biodiversiti, Gamifikasi Teknologi Hijau, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau dan Inovasi Teknologi Hijau. Festival ini akan bermula pada bulan Jun sehingga bulan Oktober 2023. Oleh yang demikian, CETREE mengalu-alukan penyertaan daripada semua warga pendidik seluruh Malaysia untuk menyertai pertandingan-pertandingan ini secara langsung dan sekaligus secara tidak langsung boleh membantu membuat hebahan.