GO GREEN STUDENT'S CAMP 2015
IPOH, 30 Julai 2015 - Tahun 2015, sekali lagi SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak mengambil inisiatif dalam merebut peluang dengan memperkembangkan dan menyebarkan ilmu melalui perkongsian dalam bidang Green Technology. Pelbagai penambahbaikkan dan susunatur program dalam dilaksanakan dengan jayanya. Kali ini Go Green Student’s Camp 2015 merupakan kesinambungan daripada program Go Green Students’ Camp 2013. Penyertaan kem yang dijalankan ini melibatkan peserta daripada sekolah-sekolah kluster seluruh negeri di Malaysia .
Tujuan utama perlaksanaan kem ini adalah untuk melonjakkan aspek jalinan dan jaringan tempatan ke arah mendidik generasi akan datang melalui perkongsian idea, praktis, nilai, penyelesaian masalah berkaitan dengan isu- isu Going Green dalam usaha menjadikandunia kita lebih Sustainable To Live. Berteraskan konsep perkongsian ilmu dan jalinan persahabatan,program ini memberi peluang kepada lebih ramai pelajar dari pelbagai latarbelakang sosiobudaya untuk melibatkan diri dalam program kebangsaan yang membolehkan mereka berinteraksi, berfikir secara global dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai aktiviti yang disertai.
Tema Go Green Students’ Camp 2015 adalah Think Green, Act Green and Live Green – For Our Future adalah perkongsian maklumat mengenai program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta warisan khazanah alam yang perlu dilindungi. Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah Ceramah daripada Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertajuk Waste To Wealth Using Green Technology,Pertandaingan berkaitan konsep Green Technology dan Pameran ( CETREE>, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Kimia Malaysia, NGO Persatuan Prihatin Bandaraya Ipoh).
Antara objektif utama program ini dijalankan ialah memahami prinsip Think Green, Act Green dan Live Green, meningkatkan kemahiran insaniah soft skill peserta kem dan menyemai perasaan sayang terhadap alam sekitar dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dan mengembangkan potensi daya cipta yang inovatif. Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Dr. Hj Muhammad Amin Zakaria, DPCM.,PPT.,Ph.D, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak bagi merasmikan upacara penutupan GO GREEN STUDENT’S CAMP 2015