CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • JARINGAN KERJASAMA CETREE&GT BERSAMA - SAMA AGENSI DIBAWAH MOSTI DALAM MEMBUDAYAKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

JARINGAN KERJASAMA CETREE> BERSAMA - SAMA AGENSI DIBAWAH MOSTI DALAM MEMBUDAYAKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

BALING, 10 Mei 2016- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu program pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) ke SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah yang dikenali sebagai Program Innospace. Program ini merupakan kerjasama agensi – agensi dibawah MOSTI serta rakan inovasi seperti USM dan CETREE&GT. Innospace merupakan gabungan perkataan “Innovation” dan “Space” yang membawa maksud “tempat untuk berinovasi”. Konsep program ini dilihat selari dengan matlamat teras yang telah digariskan dalam Dasar Sains dan Teknologi Negara (DSTIN); yang bertujuan untuk memberi kesedaran, membudayakan serta menggalakkan pembelajaran STI di pelbagai peringkat masyarakat. Program dan aktiviti yang berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2016 mampu mewujudkan budaya pemikiran sainstifik, kreatif dan inovatif di kalangan rakyat Malaysia. Pelaksanaan program ini dilihat penting bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program ini melibat penyertaan dikalangan seluruh warga sekolah dan komuniti di kawasan Kuala Pegang, Baling, Kedah.

2016 0510 163311 008

Program yang berlangsung selama dua hari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar – pelajar dan masyarakat komuniti yang hadir ke program tersebut. Pelbagai pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang

2016 05 09 21.31.43

berjalan dengan jayanya sepanjang program tersebut berlangsung. Antara agensi kerajaan yang turut sama memeriahkan program tersebut adalah seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT), Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Yayasan Angkasawan Negara dan Pusat Sains Negara.

2016 0510 105747 001

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri MOSTI dan diiringi oleh YB Dato’ Norsabrina Mohd Noor , EXCO Sains, Inovasi & Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah ke Majlis Penutup Program Innospace 2016 yang berlangsung di SMK Kuala Pegang, Baling, Kedah

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.