JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG AGENDA HIJAU DAN SUMBER ASLI KEPADA SASARAN UTAMA BERSAMA YAYASAN HIJAU MALAYSIA (YHM) SELEPAS PASCA COVID-19
PUTRAJAYA, 16 Oktober 2021 – CETREE mula mengorak langkah selepas pasca Covid-19 dengan kebenaran merentas negeri yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia pada awal bulan Oktober tahun 2021 demi agenda untuk merencanakan semula aktiviti-aktiviti kesedaran Teknologi Hijau kepada seluruh sasaran masyarakat di Malaysia. Bertempat di pejabat utama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) yang terletak di Putrajaya delegasi daripada Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) yang diketuai oleh Pengarah, Profesor Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei telah mengadakan perjumpaan bagi kesinambungan jaringan kerjasama dalam bidang Teknologi Hijau (TH) bersama Ketua Pegawai Eksekutif, YHM, Encik Amin bin Abdullah.
Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja dan kesinambungan jalinan kerjasama di antara CETREE dan YHM yang terjalin setelah sekian lamanya berkaitan program-program yang berkisarkan tajuk Teknologi Hijau. Turut sama dalam sesi lawatan kerja tersebut merupakan pegawai-pegawai CETREE bersama-sama pegawai daripada YHM.
Objektif utama lawatan tersebut adalah bertujuan bagi menghubungkait semula dan bekerjasama dalam menjayakan program berkaitan Teknologi Hijau yang telah dirancang termasuk mengetahui perkembangan semasa maklumat-maklumat terkini serta halatuju Kementerian Tenga dan Sumber Asli (KeTSA). Selain itu, perjumpaan tersebut bersama Ketua Pegawai Eksekutif, YHM adalah bagi membincangkan aktiviti-aktiviti berkaitan Teknologi Hijau yang ingin dilaksanakan oleh pihak YHM pada akhir tahun 2021 sehingga tahun 2022. Di samping itu juga, lawatan tersebut dapat memperkaya pengalaman, ilmu pengetahuan mengenai pengurusan, pentadbiran, bertukar idea, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang di antara YHM dan CETREE bagi jangka masa yang akan datang.
Dalam sesi lawatan kerja dan perkongsian bermakna tersebut, Encik Amin turut berkongsi kegembiraan dan hasrat YHM dalam merealisasi hasrat beliau kepada seluruh warga staf YHM dalam meneruskan membudayakan amalan Teknologi Hijau. Tambahnya lagi, YHM dengan rasa bersyukurnya kerana dapat bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan iaitu CETREE dalam merealisasikan program-program berkaitan agenda hijau dan sumber asli kepada sasaran utama iaitu pihak sekolah dan komuniti di seluruh Malaysia.
Maklumbalas positif yang diterima daripada Ketua Pegawai Eksekutif, YHM dan pegawai YHM menggalakkan lagi usaha murni serta kerjasama ini di antara Yayasan Hijau Malaysia bersama CETREE bagi perancangan masa akan datang.
Teks / Foto : Syafiq Saifullah bin Azmi