CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG KESELAMATAN PENGGUNAAN TENAGA DAN GAS YANG BETUL BERSAMA SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA

JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG KESELAMATAN PENGGUNAAN TENAGA DAN GAS YANG BETUL BERSAMA SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA

 WhatsApp Image 2020 02 14 at 9.57.06 AM 2

Putrajaya, 11 Februari 2020 – Kesedaran keselamtan dalam peraturan penggunaan tenaga dan gas merupakan elemen-elemen penting dalam membantu menjayakan amalan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian kepada seluruh sasaran masyarakat di Malaysia. Tahun 2020, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) yang diketuai oleh Pengarah, Profesor Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei telah membantu bagi meningkatkan lagi peranan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) iaitu Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST). Perjumpaan kali ini bagi jaringan kerjasama dalam bidang keselamatan penggunaan tenaga dan gas bersama Tuan Haji Ir. Md Zakuan bin Ibrahim, Pengarah Unit Peraturan Keselamatan, Suruhanjaya Tenaga Malaysia bertempat di ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Putrajaya.

 WhatsApp Image 2020 02 14 at 9.57.06 AM 3

Objektif utama lawatan tersebut adalah bertujuan bagi bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan penggunaan tenaga dan gas dikalangan masyarakat di Malaysia serta menyebarluaskan peranan CETREE dalam pendidikan kesedaran dalam penggunaan dan amalan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian. Selain itu, perjumpaan tersebut bersama Tuan Pengarah Unit Peraturan Keselamatan ST bagi membincangkan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan penggunaan tenaga dan gas yang ingin dilaksanakan oleh pihak CETREE bersama ST pada masa akan datang. Di samping itu juga, lawatan tersebut dapat memperkaya pengalaman, ilmu pengetahuan mengenai pengurusan, pentadbiran, bertukar idea, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang diantara ST dan CETREE bagi jangka masa yang akan datang.

 WhatsApp Image 2020 02 14 at 9.57.26 AM

Dalam sesi lawatan kerja dan perkongsian bermakna tersebut, Tuan Haji Ir. Md Zakuan turut berkongsi kegembiraan dan hasrat CETREE dalam merealisasi hasrat beliau kepada seluruh sasaran masyarakat di Malaysia dalam membudayakan dan menitikberatkan amalan keselamatan penggunaan tenaga dan gas. Tambahnya lagi, ST dengan rasa bersyukurnya kerana dapat bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti CETREE dalam memberikan pendedahan dan kesedaran awal kepada seluruh sasaran masyarakat di Malaysia. Malah, beliau berhasrat akan menyokong usaha murni ini dalam membentuk dan menjadikan seluruh masyarakat di Malaysia mengamalkan amalan penggunaan tenaga dan gas yang betul serta kesedaran terhadap elemen-elemen Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian.

 WhatsApp Image 2020 02 14 at 9.57.27 AM 1

Maklumbalas positif yang diterima daripada Tuan Pengarah dan pegawai-pegawai daripada Unit Peraturan Keselamatan, Suruhanjaya Tenaga Malaysia amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama ini di antara Suruhanjaya Tenaga Malaysia bersama CETREE dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.