JARINGAN KERJASAMA PINTAR ANTARA SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DAN CETREE
MINDEN, 8 DISEMBER 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dikunjungi oleh rombongan guru - guru daripada Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah yang merupakan sekolah berprestasi tinggi.
Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja dan jalinan kerjasama di antara sekolah dan CETREE yang bermula pada tahun 2015 yang diketuai oleh Puan Kwon Kioew dan 4 orang guru Sains dan Matematik sekolah. Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan tentang Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau dikalangan pelajar, guru dan masyarakat serta memahami peranan CETREE dalam pendidikan yang berkonsepkan Teknologi Hijau (Kecekapan Tenaga) dalam kehidupan seharian.
Di samping itu juga, lawatan tersebut dapat memperkaya pengalaman, ilmu pengetahuan mengenai pengurusan, pentadbiran, bertukar idea, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang diantara sekolah dan CETREE bagi jangkamasa yang akan datang.
Slot pengisian program telah ditetapkan sepanjang lawatan tersebut dengan sesi taklimat serta sesi soal jawab guru – guru bersama Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE dan Encik Mohd Sukri Shafie, Pegawai Penyeldik Kanan, CETREE. Maklumbalas positif yang diterima daripada guru-guru amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE dapat dicapai pada masa akan datang.