CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

JOM HIJAU BERSAMA KAMI TAHUN 2021

 WhatsApp Image 2021 12 01 at 1.07.39 PM

USM PULAU PINANG, 21 November 2021 – Bengkel Penjurian Jom Hijau bersama kami tahun 2021 telah diadakan pada 20 November 2021 bertempat di Bilik Seminar, Bangunan TORAY-USM, Pulau Pinang. Seramai 8 orang panel juri profesional yang hadir dan seorang yang turut sama sebagai juri secara atas talian (online) mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik dan kepakaran terlibat secara langsung dalam menjayakan bengkel selama 1 hari.

Objektif utama bengkel penjurian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas dan sesi soal jawab murid-murid bersama juri-juri terpilih melalui konsep secara atas talian. Ini melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada 10 buah sekolah yang terpilih ke peringkat akhir daripada 26 buah sekolah yang menyertai Program Sekolah Tunas Hijau Fasa II di peringkat negeri Kedah. Selain itu, bengkel ini dijalankan bagi melihat tahap keberkesanan pelaksanaan amalan hijau (Tenaga, Air dan Sisa Pepejal) serta pemahaman mengenai pelaksanaan penyebaran ilmu amalan hijau di peringkat sekolah dan di rumah.

 WhatsApp Image 2021 12 01 at 1.13.13 PM 3

Bengkel ini dijalankan mengikut kepakaran dan dinilai daripada panel juri professional yang terpilih daripada skop pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta. Antaranya ialah Prof. Dr. Haslan Abu Hasan, Pusat Pengajian Sains Fizik, USM, Prof. Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM, Dr. Mohd Sukri Shafie ,CETREE, USM, Dr. Mohd Anuar Kamaruddin, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM, Dr. Khozema Ahmed Ali, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM, Encik Shamsir Jemain, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Encik Zuherly Zolkapali , Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Khairil Azani Arzmy , KYM, Jabatan Pendidikan Daerah Negeri Kedah.

 WhatsApp Image 2021 12 01 at 1.13.12 PM 4

Kaedah penjurian Jom Hijau bersama kami merupakan fasa terakhir bagi memilih pemenang 5 terbaik daripada 10 buah sekolah yang telah disenarai pendek bagi menerima hadiah utama dalam program Anugerah Sekolah Tunas Hijau Fasa II tahun 2021. Aturcara bengkel ini bermula dengan tayangan video montaj setiap sekolah yang terlibat seterusnya sesi soal jawab secara dua hala bersama juri-juri yang telah ditetapkan. Seterusnya diakhiri dengan perbincangan keseluruhan dan memutuskan pemenang bagi 5 buah sekolah terbaik bagi menerima hadiah utama pada hari anugerah sekolah tunas hijau fasa II. Fasa ini bertujuan bagi mengenalpasti dan mendapatkan maklum balas berkaitan keberkesanan pelaksanaan amalan hijau (Tenaga, Air dan Sisa Pepejal) serta pemahaman mengenai pelaksanaan penyebaran ilmu amalan hijau di peringkat sekolah dan di rumah.

 smjk sin min

Keputusan juri-juri professional adalah muktamad dengan memutuskan bahawa SMJK Sin Min (Johan), SMK Sg. Pasir (Naib Johan), SMK Sg. Pasir Kechil (Ketiga), SMK St. Theresa (Keempat) dan SMK Pekula Jaya (Kelima). Manakala sekolah terbaik “Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah Pembentukan Amalan Hijau Terbaik Dalam Kalangan Sekolah Menengah Terpilih Di Negeri Kedah Tahun 2021” di menangi oleh SMK Sungai Limau

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.