CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

JOM MASUK IPT PERINGKAT ZON UTARA TAHUN 2017

GELUGOR, 6 Mac 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali diberi kepercayaan menjadi hos utama Zon Utara oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melaksanakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN). Karnival yang telah berlangsung di padang kawad USM pada 4 dan 5 Mac melibatkan 110 pameran daripada 20 Universiti Awam, 47 Universiti Swasta, 43 Agensi serta tiga Politeknik dan 19 Kolej Komuniti.

IMG 20170304 WA0001    IMG 20170304 WA0000

Karnival yang dirasmikan oleh Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Kuiz jom masuk IPT, Pameran Pendidikan, Program Soaring Upwards, Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah, Keusahawanan Pelajar serta Program bersama Pusat Pengajian USM.

20170304 104135

CETREE melalui Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau turut sama menjayakan karnival tersebut dengan mengadakan pameran untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para pengunjung yang hadir mengenai betapa pentingnya pendidikan Teknologi Hijau pada masa kini. Pelbagai kiosk-kiosk Teknologi Hijau yang dapat disaksikan serta boleh dijadikan pengajaran dan ilmu pengetahuan bersama turut dipamerkan.

20170304 103755

Antara aktiviti yang turut dijalankan oleh CETREE USM ialah ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau, demonstrasi kiosk-kiosk Teknologi Hijau, edaran risalah-risalah berkaitan Kecekapan Tenaga dan Unit Pameran Bergerak.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

20170304 105805

 

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.