CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • KARNIVAL 3K1S- KEUSAHAWANAN, KOPERASI, KEMERDEKAAN DAN STEM SMK SULTAN BADLISHAH 2018

KARNIVAL 3K1S- KEUSAHAWANAN, KOPERASI, KEMERDEKAAN DAN STEM SMK SULTAN BADLISHAH 2018

KULIM, 30 Ogos 2018 – Karnival Keusahawan, Koperasi, Kemerdekaan dan STEM atau nama singkatannya 3K1S telah diadakan bertempat di SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah. Program yang telah berlangsung selama sehari itu telah melibatkan semua murid dan warga sekolah.

 20180830 084156

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival itu berlangsung. Antaranya seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau oleh pihak CETREE, pameran inovasi, pameran haiwan eksotik, gerai-gerai jualan guru serta murid dan turut dijalankan bersama sambutan kemerdekaan peringkat SMK Sultan Badlishah. Ini juga bersempena hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-53. Selain daripada itu, pelbagai pertandingan turut diadakan bagi memeriahkan suasana seperti pertandingan yang melibat aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan pertandingan permainan rakyat.

 IMG 0376

Pihak CETREE turut tidak melepaskan peluang bagi mengadakan Unit Pameran Bergerak (UPB) di perkarangan sekolah SMK Sultan Badlishah bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Ia bertujuan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Teknologi Hijau (TH) dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada para murid dan warga sekolah. Para murid dan warga sekolah juga turut diberi penerangan tentang sektor-sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau (TH) dan aplikasi-aplikasinya.

 IMG 0352

Beberapa alatan kit hand’s on telah dipamerkan didalam Unit Pameran Bergerak CETREE bertujuan bagi menarik minat para murid dan memberi gambaran ringkas mengenai TH. Antaranya seperti sektor pengangkutan di mana terdapat konsep kereta hidro yang menggunakan sumber air yang melalui proses elektrolisis sebagai bahan penggerak motor tersebut. Pameran yang dianjurkan itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diyakini telah berjaya memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan dan penggunaanTH dan TBB dalam kehidupan seharian kepada para murid dan warga sekolah.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Ummul Hayak Shabudin ( Pelatih Siswazah ) 
Foto : Nur Hidayah Kosim dan Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.