Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH TAHUN 2018

{youtube}3zsJniZdA0M{/youtube}

BATU KURAU, PERAK, 15 FEBRUARI 2018 – Karnival Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah tahun 2018 merupakan satu program tahunan anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak. Program tersebut melibatkan penyertaan kakitangan, murid-murid, sekolah-sekolah jemputan, ibu bapa serta masyarakat komuniti sekitar SMK Kampong Perak.

 28070688 414104432336657 1985712227386805293 o

Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah pameran Agensi Kerajaan terdiri daripada Jabatan Muzium Negeri Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Hospital Taiping, Perak yang mengadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan derma darah. Pameran Akademik dan Kokurikulum juga turut diadakan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkaitan STEM, Malayan Institute Of Accountants (PSS), Kolej Profesional MARA, Universiti Kuala Lumpur–Kulim (UniKL), ADTEC dan Intellect Learning Centre (Robotik) dan HARAKI (mudahnya membaca Al-Quran).

 28336577 414103979003369 6603288053591198517 o

 20180212 185015

Pameran oleh pihak CETREE ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung yang hadir. Secara tidak langsung, pameran melalui unit pameran bergerak dan kit hand’s-on yang dibawa telah berjaya memberi kesedaran dan kepentingan Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Baharu dalam kehidupan seharian masyarakat.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Hazwan Hafiz Abdul Halim