CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Pekan, Pahang, 20 September 2019 – Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan tahun 2019 (KITH 2019) yang telah melabuh tirainya pada 19 September 2019 dan merupakan acara tahunan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2016.

Karnival ini diterajui Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dan Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM). Seterusnya Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) diatas pembiayaan karnival ini sepenuhnya.

 DSC01334

Acara ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia melalui penyertaan 7 pertandingan yang bertemakan Teknologi Hijau. Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2019 merupakan salah satu aktiviti bagi “ Projek Pembangunan Ilmu, Implementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau Sekolah Menengah Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum bagi Pemnatapan Pendidikan Lestari ”. Secara tidak langsung, penganjuran karnival ini dapat memberi wadah penyebaran maklumat yang terbaik melalui pelbagai pendekatan yang komprehensif bagi meningkatkan kesedaran Teknologi Hijau serta menjadi platform yang efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau.

 IMG 20190919 223045

Karnival yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah berlangsung di DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia, Pekan, Pahang bermula pada 17 sehingga 19 September 2019. Penganjuran tersebut telah dihadiri kira-kira 550 orang yang terdiri dari pelajar, mentor, pengurus pasukan negeri, pegawai teknikal negeri dari enam belas buah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh Malaysia.

 720a07c0 f08f 4a6c ada4 0a42cdc9a19b20190918 144619IMG 20190918 163536IMG 20190919 105855

Program ini juga turut mengundang penglibatan 18 orang hakim daripada pelbagai kepakaran dan Universiti Awam/Swasta yang berbeza seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Tun Abdul Razak, Politeknik Seberang Perai, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) bagi 7 pertandingan dan 50 warga kerja yang terdiri daripada sekretariat dan fasilitator. Antara acara yang telah dipertandingkan adalah Green Cooker Challenge, Inovasi Tenaga Biojisim, Green Technology Show, Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau, Solar Vehicle Challenge, Xplorace Teknologi Hijau.
Negeri Terengganu Darul Iman sekali lagi dinobatkan sebagai juara keseluruhan kali kedua KITH bagi tahun 2019 setelah muncul sebagai juara keseluruhan pertama kalinya pada KITH tahun 2017.

 70850951 2565550490155593 6018328275049250816 o

Kemeriahan Majlis Penutup Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2019 diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) beliau turut menyampaikan hadiah, wang tunai serta sijil kepada pemenang-pemenang bagi setiap pertandingan dalam karnival tersebut. Turut hadir adalah Tuan Haji Razuki A.Rahim, Timbalan Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Amin Abdullah, Ketua Pegawai Eksutif Yayasan Hijau Malaysia, Profesor Dato’ Sr. Dr. Omar Osman, Naib Canselor DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE, Puan Nubailah binti Arshad, Ketua Unit, Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE), MESTECC dan Tuan Haji Badrol Hisham Mohd Nowani merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola KITH 2019.

 DSC01051

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.