CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2022

USM, Pulau Pinang, 4 November 2022 – Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 (KITH PP) yang telah melabuh tirainya pada 4 November 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Utama Peperiksaan (DUP), USM yang melibatkan penyertaan daripada 50 buah sekolah menengah terpilih di negeri Pulau Pinang. Program Pemindahan Ilmu (KTP) Menerusi Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) 2022 Negeri Pulau Pinang merupakan program di bawah inisiatif Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa MMK, Pulau Pinang dan CETREE, CGSS. Penganjuran karnival ini merupakan wadah penyebaran maklumat yang terbaik melalui pelbagai pendekatan yang komprehensif bagi meningkatkan kesedaran Teknologi Hijau serta menjadi platform yang efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau kepada murid dan juga guru di negeri Pulau Pinang.

Karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 2 sehingga 3 November 2022 melibatkan kira-kira 220 orang yang terdiri dari para pelajar, guru pembimbing, pegawai teknikal pertandingan, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, para penceramah dan 25 warga kerja yang terdiri daripada sekretariat dan fasilitator. Turut terlibat ialah 15 orang hakim daripada pelbagai kepakaran dan Universiti Awam/Swasta yang berbeza seperti Universiti Sains Malaysia, Politeknik Seberang Perai, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi 5 pertandingan yang telah dipertandingkan seperti Green Cooker Challenge, Green Technology Show, Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau dan juga Solar Vehicle Challenge.

Para pemenang pertandingan diraikan dalam Majlis Perasmian Penutupan Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Md. Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor Bahagian Kelestarian Dan Pembangunan Institusi (BKPI), USM. Penyampaian hadiah disampaikan oleh beliau dan juga Tuan Haji Abdul Rashid Bin Abdul Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, selaku Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), USM, Dr. Ahmad Zulman Mohd Zain, Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), USM, selaku Ketua Hakim Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) dan juga En. Mohammad Rusdan Maidin, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Pemenang – pemenang pertandingan KITH iaitu tempat kedua dan ketiga membawa pulang sebuah plak penghargaan dan sijil pencapaian manakala johan pertandingan membawa pulang plak penghargaan, sijil pencapaian dan juga bahan bantu mengajar (BBM). Kemeriahan majlis perasmian penutupan KITH diakhiri dengan sesi bergambar oleh semua yang hadir.

Teks : Suhairiza Binti Suhaimi
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.