KARNIVAL KEUSAHAWANAN USM 2018
USM, PULAU PINANG, 1 Oktober 2018 – Entrepreneurship Centre Universiti Sains Malaysia (EpiC@USM>) telah menganjurkan Entrepreneurship Carnival 2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 28 sehingga 30 September 2018 bertempat di kawasan Padang Kawad USM. EPIC 2018 merupakan acara kemuncak bagi setiap aktiviti pembudayaan nilai keusahawanan pelajar-pelajar USM untuk sepanjang tahun 2018.
Karnival ini merupakan sebuah platform pertemuan antara usahawan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan usahawan komuniti.Di samping kemeriahan pertandingan dijalankan pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut sama dijemput bagi memeriahkan program dengan mengambil bahagian sebagai peserta pameran seperti Pusat Sejahtera, USM, Pusat Pengajian Sains Fizik (Ilmu Falak), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan CETREE melalui Unit Pameran Bergerak.
Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi