KARNIVAL KOKURIKULUM DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018, SMK TUNKU PUTERA, BALING, KEDAH
BALING, 11 Julai 2017 – Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Putera telah menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang dan Karnival Kokurikulum pada 11 hingga 12 Julai 2018. Program yang berlangsung itu telah melibatkan semua murid serta seluruh warga sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian sijil dan hadiah buat pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum, persembahan oleh para guru dan murid, gerai jualan, pameran senjata kecil, pameran alatan komunikasi, pameran pakaian Tentera Darat, promosi Askar Wataniah, pameran kerjaya ATM, demonstrasi Kastam Diraja, pemeriksaan kesihatan dan pameran Teknologi Hijau oleh pihak CETREE, USM. Pelbagai jenis pertandingan juga diadakan bagi memeriahkan suasana seperti pertandingan kawad kaki, pertandingan memasak, pertandingan bola jaring dan sebagainya.
Pameran dari CETREE adalah bertujuan bagi memberi maklumat dan pendedahan mengenai sektor-sektor Teknologi Hijau dan Tenaga Boleh Baharu kepada murid-murid dan seluruh warga sekolah tersebut.
Unit Pameran Bergerak (UPB) CETREE mempamerkan beberapa alatan kit hands on yang turut menarik tumpuan para pelajar seperti kincir angin dan perbezaan antara lampu Light-Emitting Diode (LED) dan lampu pijar. Kincir Angin ini menerangkan bagaimana proses perubahan tenaga angin kepada tenaga elektrik berlaku bagi menentukan kincir angin yang mana paling berkesan untuk penjanaan tenaga. Manakala bagi alatan kit lampu LED dan lampu pijar pula, ia menunjukkan proses perubahan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Di sini para pelajar dapat melihat perbezaan bahawa lampu LED lebih menjimatkan penggunaan tenaga berbanding dengan lampu pijar.
Teks : Ummul Hayak Shabudin dan Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim