CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL MATHCOMP 2018 PERINGKAT POLITEKNIK PORT DICKSON, N.SEMBILAN

 20180904 103249

PORT DICKSON, 5 September 2018 – Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Port Dickson telah menganjurkan Karnival MATHCOMP 2018 Peringkat Politeknik Dickson, Negeri Sembilan pada 3-4 September 2018. Program yang berlangsung secara terbuka itu telah melibatkan seluruh warga Politeknik Dickson, pendidik dan pelajar warga Kementerian Pendidikan peringkat rendah, menengah dan jabatan/agensi kerajaan dan swasta di sekitar Port Dickson. Objektif karnival yang dianjurkan ini adalah bagi memberi pendedahan, kesedaran dan memupuk minat di kalangan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Teknologi Hijau ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

 IMG 20180903 WA0071

Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival itu diadakan seperti pertandingan berkaitan STEM, aktiviti berkaitan STEM, jualan produk berkaitan STEM, Scientist Talk dan Sharing Session ini turut mengadakan pameran daripada agensi kerajaan/swasta berkaitan STEM seperti Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Jabatan Kimia Malaysia, CETREE, National STEM Movement C/O Macri, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Awam, Politeknik Port Dickson, Agensi Remote Sensing Malaysia, Agensi Angkasa Negera, Educate to Learn Sdn. Bhd.Les’Copaque Production Sdn. Bhd. dan Durian Digital Animation Studio Sdn. Bhd.

 IMG 20180903 WA0044

Karnival yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang ini turut sama disertai oleh CETREE sepanjang 2 hari karnival berlangsung di perkarangan Dewan Utama kampus Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Pameran ini bertujuan bagi memberi maklumat dan pendedahan tentang Teknologi Hijau, Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga kepada pelajar-pelajar dan semua pengunjung yang hadir pada hari karnival tersebut berlangsung.

 20180904 103308

Pelbagai kit hands on dipamerkan di dalam Unit Pameran Bergerak (UPB), CETREE antaranya adalah demonstrasi kiosk berkaitan Tenaga Solar, kiosk Game Kecekapan Tenaga dan Penggunaan Tenaga di Rumah dan kiosk Kincir Angin. Pameran CETREE ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung -pengunjung yang hadir .

 IMG 20180903 WA0079

Turut hadir sama memeriahkan lagi Karnival MATHCOMP 2018 adalah Puan Anita Isa, Ketua Unit Penilaian Program, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan En. Roslee b. Yahya, Pengarah Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Teks : Syafiq Saifulllah Azmi
Foto : Mohd Rodzi Abd.Razak

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.