CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA 2023 DAN PELANCARAN MALAYSIA TECHLYMPICS 2023

KULIM, KEDAH, 17 JUN 2023 – Karnival Minggu Sains Negara 2023 dan pelancaran Malaysia Techlympics 2023 telah berlangsung dengan jayanya sepanjang 2 hari pada 15-16 Jun 2023 bertempat di Dewan CRC Kulim, Kedah. Karnival ini merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Objektif utama karnival ini adalah untuk menarik minat generasi muda terhadap STEM melalui pendekatan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda, set kemahiran dan aksi mereka menghasilkan inovasi yang lebih bermakna dan berimpak tinggi, selain melahirkan generasi penyelesai maslah dan tekno-usahawan masa hadapan.

Turut diserikan dengan kehadiran YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan En. Sabri Osman, BCK., Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalan sepanjang ekspo ini berlangsung adalah seperti Pameran Sains, Pertunjukan STEM, Taklimat bertajuk STEM, Persembahan Drone & RC Jet, Robotik dan lain-lain lagi. CETREE secara tidak langsung dijemput bagi membantu menjayakan karnival ini dengan memberikan pendedahan dan pengalaman langsung melalui aktiviti hand’s on berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau melalui Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau dan Pameran berkaitan aplikasi game secara indoor di dalam dewan utama.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.