JENIANG, KEDAH 24 SEPTEMBER 2022 – Sekolah Kebangsaan Kalai telah mengadakan Karnival Panitia bagi tahun 2022. Tujuan pihak sekolah menganjurkan Karnival Panitia adalah untuk mengadakan aktiviti pendidikan dan program explorace bersama murid sekolah. Di samping itu, aktiviti yang dianjurkan juga diselitkan pendedahan akademik untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kalai telah menjemput CETREE, USM untuk membuka pameran sewaktu Karnival Panitia sedang berlangsung. Tujuan pihak CETREE dijemput adalah untuk berkongsi pengetahuan berkenaan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau kepada murid serta warga SK. Kalai. Unit Pameran Bergerak (UPB), CETREE telah dibuka untuk memberi penerangan dan aktiviti hand's on kepada murid SK Kalai berkenaan amalan Kecekapan Tenaga serta Teknologi Hijau yang terdapat pada UPB.
Murid SK Kalai berpeluang untuk mempelajari konsep Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui model yang disediakan di UPB. Kebanyakkan murid berminat dengan penerangan kegunaan tenaga solar yang diguna pakai oleh topi solar, kereta solar dan kapal solar. Selain itu, murid juga berpeluang untuk memahami konsep penjimatan tenaga lampu LED berbanding lampu mentol biasa denganmodel “Ku Lihat Cahaya”. Kehadiran UPB di Karnival Panitia SK Kalai telah memberi makna kepada murid-murid kawasan pendalaman pada zaman kini selepas mengharungi era-pandemik Covid-19.
Karnival yang berlangsung pada hari itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Guru Besar SK Kalai, Puan Suryani Nazmin dan Tuan Yang Di-Pertua PIBG SK Kalai. Pihak CETREE berharap agar pameran yang disediakan dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan oleh SK Kalai sepanjang pelaksanaan Karnival Panitia pada tahun ini.
Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi