CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • KARNIVAL PENDIDIKAN, SAINS DAN JEJAK INOVASI PERINGKAT DAERAH TEMERLOH (KASPEN) 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN, SAINS DAN JEJAK INOVASI PERINGKAT DAERAH TEMERLOH (KASPEN) 2012

sj Picture 134 2

TEMERLOH, 2 MAC 2012 - Saban tahun Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi memang sinonim dengan Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) . Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh menyahut seruan kerajaan dengan membawa cetusan idea ataupun input berkaitan Pendidikan Sains dan Teknologi ke seluruh masyarakat komuniti Daerah Temerloh dengan menganjurkan Karnival Sains dan Pendidikan Peringkat Daerah Temerloh (KASPEN) 2012 .

KASPEN 2012 ini bertujuan untuk melahirkan pelajar peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa, khususnya dalam bidang sains dan teknologi baru. Selain itu juga, melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Karnival Sains dan Pendidikan Peringkat Daerah Temerloh (KASPEN) 2012 diserikan lagi dengan kehadiran YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, DSAP,DPMP, DSM, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bagi merasmikan majlis penutupan Karnival Sains, Pendidikan dan Inovasi Daerah Temerloh 2012.

Antara program yang dilaksanakan sepanjang 3 hari  bermula pada 2-4 Mac 2012 ialah pertandingan Choral Speaking, pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, pertandingan Public Speaking, Mencerap Bulan Bintang, Playsmart Petrosains, Program Kids Invent dan Pameran Agensi-Agensi Kerajaan. Manakala CETREE merupakan agensi yang terbanyak pertandingan untuk disertai pelajar antaranya ialah Solar Car Competition, Efficiency Energy Cooking Competition dan EUREKA RE&EE.

Walaubagaimanapun Karnival Sains dan Pendidikan Peringkat Daerah Temerloh (KASPEN) 2012 dibantu agensi-agensi pameran antaranya ialah Pusat Sains Negara (Pameran Bas), Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh (Pameran Bas), CETREE (Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau Bas & Van), Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Petrosains, Planetarium Negara dan  Jabatan Meteorologi Malaysia bagi memeriahkan lagi sepanjang KASPEN 2012 berlangsung.

Hampir 3000 orang pengunjung yang hadir bagi memeriahkan sepanjang KASPEN 2012 berlangsung. Pelabagai coretan-coretan manis yang dapat kelihatan sepanjang KASPEN 2012 berlangsung . Pelbagai peringkat umur, budaya dan pangkat turut serta selama 3 hari KASPEN 2012 dilangsungkan. Ini disebabkan tertanam satu sifat didalam masyarakat komuniti daerah Temerloh iaitu tidak akan melepaskan peluang yang mungkin hanya sekali sahaja dalam sejarah dengan adanya Karnival yang sehebat yang dilihat.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.