Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI MELAKA, SK TENGKERA 1, MELAKA

TENGKERA, 29 April 2015- Satu Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Melaka telah berlansung di Sekolah Kebangsaan Tengkera 1, Melaka yang melibat penyertaan dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Melaka. Karnival yang berlangsung selama sehari mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada sekolah-sekolah yang memasuki pertandingan.

20150429 101540

Antara pertandingan yang dijalankan sepanjang hari semasa di Sekolah Kebangsaan Tengkera 1 merupakan pertandingan cetusan idea daripada CETREE& GT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Eureka Beach House dan pertandingan Energy Efficiency Cooking With Nature.

20150429 115952    20150429 121138

Disamping itu juga, pelbagai jemputan pempamer turut sama memeriahkan lagi karnival berkenaan. Antaranya ialah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, Sasbadi Holding Berhad, Southen Waste Melaka Enviroment Sdn. Bhd. dan Jabatan Alam sekitar negeri Melaka.

20150429 120231

Karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi hijau. Di samping itu, program ini turut menggalakkan pelajar - pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Melaka diserikan lagi dengan kehadiran Encik Hussin Bin Chek, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai perasmi bagi majlis penutupan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Melaka 2015.