Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2016

BUKIT MERTAJAM, 22 Julai 2016 - Satu Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat negeri Pulau Pinang telah berlansung di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang melibat penyertaan dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Pulau Pinang. Karnival yang berlangsung selama tiga hari mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada sekolah-sekolah yang memasuki pertandingan.

2016 07 20 14.25.57

Antara pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung merupakan merupakan pertandingan cetusan idea daripada CETREE& GT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Solar Car Competition, Solar Boat Competition, Eureka Beach House dan Energy Efficiency Cooking With Nature Competition. Disamping itu juga, pelbagai jemputan pempamer turut sama memeriahkan lagi karnival berkenaan. Antaranya ialah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, Pusat Sains Negara dan Perpustakaan Bergerak negeri Pulau Pinang. Karnival ini bertujuan untuk menambah pengetahuan, memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains, teknologi kejuruteraan dan teknologi hijau.

2016 0720 104447 006

Di samping itu, program ini turut menggalakkan pelajar - pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.