KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI SEKOLAH - SEKOLAH NEGERI KEDAH TAHUN 2015
ALOR SETAR, 16 Ogos 2015- Satu Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Kedah telah berlansung di Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang melibat penyertaan dikalangan pelajar - pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Kedah. Karnival yang berlangsung selama 2 hari dimana ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada sekolah-sekolah yang memasuki pertandingan. Hampir seluruh pelusuk sekolah – sekolah yang terdapat di dalam 11 daerah dalam negeri Kedah turut sama mengambil bahagian dalam setiap pertandingan yang diadakan.
Antara pertandingan yang dijalankan sepanjang 2 hari semasa di Pusat Sains Negara Wilayah Utara merupakan pertandingan cetusan idea daripada CETREE& GT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Solar Car Race, Solar Boat Race, Eureka Beach House dan Energy Efficiency Cooking. Pemenang – pemenang dikira berdasarkan kriteria – kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Tahun 2015, negeri Sabah merupakan penganjur utama yang terpilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjalankan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Kebangsaan. Ini sekaligus, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengharapkan peserta-peserta yang berkualiti dan boleh mengharumkan nama negeri Kedah di peringkat Kebangsaan dalam KaSTEK yang akan dijalankan pada bulan September 2015 ini. Disamping itu juga, pelbagai jemputan pempamer turut sama memeriahkan lagi karnival berkenaan. Antaranya ialah Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE>, Jabatan Kimia negeri Kedah, Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Alam sekitar negeri Kedah.
Karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi hijau. Di samping itu, program ini turut menggalakkan pelajar - pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Kedah diserikan lagi dengan kehadiran YB. Dato' Azmi Che Husain, DSDK., PJK., AMK.,PJK., Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sebagai tetamu Kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang – pemenang dan sekaligus merasmikan penutupan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi (KaSTEK) peringkat Negeri Kedah 2015. Berikut merupakan keputusan pemenang – pemenang yang akan mewakili negeri Kedah dalam pertandingan Solar Car Race – SMK Paya Kemunting, Solar Boat Race – SMK Pendang, Eureka Beach House – SK Suka Menanti dan Energy Efficiency Cooking – SMK Kedawang.