KARNIVAL SAINS 2016 PERINGKAT KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
KEPALA BATAS, 27 Februari 2016- Satu Karnival berkonsepkan tema sains peringkat Kolej Matrikulasi telah berlansung dengan jayanya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Karnival ini melibat penyertaan dikalangan seluruh warga dan pelajar - pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang serta Kolej Matrikulasi kawasan utara semenanjung Malaysia.
Karnival yang berlangsung selama sehari, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung – pengunjung yang hadir ke karnival tersebut. Pelbagai pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya sepanjang karnival tersebut berlangsung.
Antara agensi kerajaan dan swasta yang turut sama memeriahkan karnival tersebut adalah seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>), Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM, Pasukan Hamzat Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Prai, Pulau Pinang, Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Prai, Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang, Ecogarden Asia Plant Nursery Terrarium & Mini Garden dan Arca Cahaya (M) Sdn. Bhd.
Karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar para pengunjung yang hadir terhadap
bidang sains dan Teknologi Hijau. Karnival Sains 2016 peringkat Kolej Matrikulasi diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Haji
Zainal Aalam Bin Hassan, Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai perasmi bagi majlis
penutupan Karnival Sains 2016 peringkat Kolej Matrikulasi yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang