KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 15 OKTOBER 2023 - Penganjuran Karnival Sains Matrikulasi (MASCAR 2023) peringkat Kebangsaan tahun 2023 telah berjaya dijalankan selama 2 hari bertempat di Perkarangan Kolej Matrikulasi Kampus Pulau Pinang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Karnival ini merupakan acara tahunan di bawah Jabatan Sains dengan kerjasama rakan strategik daripada CETREE, CGSS, USM, Penang Science Cluster, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Pulau Pinang, Persatuan STEM Kebangsaan (Pulau Pinang), Institut Farmaseutikal dan Nutraseitikal Malaysia (IPharm), Pusat Pengajian Sains Fizik, USM, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Pulau Pinang, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendaftaran Negeri Pulau Pinang, Kastam Negeri Pulau Pinang, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, National Kidney Faoundation Of Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Pulau Pinang, Pejabat Pergigian Daerah Seberang Perai Utara, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan Jeff Pets Station.
Karnival ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah, menengah dan khususnya Matrikulasi seluruh Malaysia mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat negeri dan secara tidak langsung menyokong aktiviti STEM dan Sustainable Development Goals (SDG) yang dijalankan di seluruh sekolah di Malaysia. Pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang karnival ini berlangsung. Antaranya seperti pameran-pameran agensi kerajaan dan swasta, pertandingan teater STEM, Pertandingan Bateri Biojisim, Pertandingan RC-Jet, Pertandingan STEM Creator, Pertandingan Inovasi Teknologi Hijau, Demonstrasi dan aktiviti hand’s on kelas fizik, kimia, biologi dan astronomi dan Pertandingan Roket Air di pertandingkan sepanjang karnival ini berlangsung.
Sambutan daripada jemputan sekolah dan Matrikulasi serta ibu bapa yang hadir sama sepanjang 2 hari karnival ini berlangsung amat memberansangkan. Turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha, Encik Suhaimi Saidin, Pengarah Matrikulasi Kampus Pulau Pinang dan diiringi oleh Penyelaras MASCAR 2023, Dr. Salwati Yaakub serta pegawai-pegawai daripada KMPP hadir bagi menyerahkan sijil penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi-agnsi yang hadir sepanjang karnival MASCAR 2023 yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 13-14hb Oktober 2023. Kepakaran daripada Universiti Sains Malaysia (USM), tidak terkecuali dalam sama-sama membantu menjayakan karnival ini dengan jemputan oleh Kolej Matrikulasi Kampus Pulau Pinang sebagai juri bagi 3 kategori iaitu pertandingan Bateri Biojisim Sekolah Menengah, Bateri Biojisim Matrikulasi dan Inovasi Teknologi Hijau. Antaranya ialah Dr. Faizal Baharum, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, Dr. Khozema Ahmed Ali, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM, Dr. Mohd Norawi Ali, Dr. Nor Asniza Ishak, Dr. Nur Jahan Ahmad, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM dan Encik Syafiq Saifullah Azmi, CETREE, CGSS, USM. Selain daripada USM, kepakaran daripada Institut Pengajian Tinggi lain turut sama seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Cawangan Pulau Pinang, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Kolej Matrikulasi Kampus Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama dan SMK Pondok Upeh, Balik Pulau. Dalam masa yang sama, Unit Pameran Bergerak CETREE turut sama hadir sepanjang 2 hari karnival ini berlangsung bagi memberikan pendedahan berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau melalui pameran outdoor.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email :