KARNIVAL SAINS PERINGKAT KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
KEPALA BATAS , 11 OGOS 2018 - Karnival Sains telah diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang bertempat di Kepala Batas, Pulau Pinang. Program yang berlangsung pada 10 hingga 11 Ogos itu telah melibatkan murid-murid daripada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta para pelajar daripada Kolej Matrikulasi Wilayah Utara. Karnival ini dirasmikan oleh Tuan Azman bin Abdul Karim, Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Banyak aktiviti menarik dan pertandingan dijalankan sepanjang dua hari karnival tersebut berlangsung. Antaranya adalah seperti pertandingan Roket Air, Rekacipta Model Satelit, Mouse Trap Car Racer, Jigsaw Puzzle, pertandingan Robotik dan banyak lagi. Tema dan objektif karnival sains pada tahun 2018 ini adalah Bringing Science Alive dimana ia untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi.
Selain itu, karnival seperti ini turut memberi pendedahan Teknologi Hijau (TH) dan kesedaran dalam kalangan pelajar, guru dan masyarakat mengenai kepentingan menggunakan tenaga dengan efisien dan sumber Tenaga Boleh Baharu sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian.
CETREE sekali lagi dijemput oleh pihak Matrikulasi Pulau Pinang dalam menjayakan pameran sepanjang karnival tersebut berlangsung. Pameran CETREE dengan pendedahan alatan kit Hand’s On yang berkonsepkan TH dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang terdapat didalam Unit Pameran Bergerak CETREE bertujuan bagi menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan sains dan teknologi. Antara alatan kit Hand’s On yang dipamerkan ialah Rumah Pintar, Kereta Hydro, Kuasa Gelombang, Kuasa Angin, Air Bersih dan Biomass. Justeru itu, pameran ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar mengenai TH dan TBB serta menarik minat mereka untuk mempelajari ilmu sains dengan lebih mendalam lagi.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi, Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim