CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • KARNIVAL SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

KARNIVAL SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

BUKIT MERTAJAM , 10 OGOS 2018 -  Sebuah Karnival Pendidikan Sains & Teknologi peringkat Negeri telah diadakan di Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) Tuanku Bainun yang bertempat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos itu telah melibatkan sekolah menengah dan rendah di seluruh Pulau Pinang.

 IMG 20180803 WA0008

Antara objektif karnival ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan betul dan mendalam dalam kehidupan yang juga melibatkan masyarakat dan persekitaran. Ini berdasarkan aktiviti inkuiri atau penyelesaian masalah dan menggalakkan kerjasama berpasukan di samping meningkatkan kemahiran komunikasi di antara para murid.

 38819606 515090965571336 3134335517642981376 o

Pameran CETREE yang diadakan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang itu adalah bertujuan bagi menarik minat serta memberi pendedahan kepada para murid-murid dan warga IPGM Tuanku Bainun mengenai Teknologi Hijau dan Tenaga Boleh Baharu serta kepentingannya.

 38831549 515091245571308 5694827417009389568 o

Banyak aktiviti menarik dan pertandingan telah diadakan sepanjang 3 hari karnival itu berlangsung. Antaranya ialah Pertandingan Inovasi STEM, Pertandingan STEM Digital Video Project sekolah menengah, Pertandingan Roket Air sekolah menengah dan rendah, Pertandingan Bercerita STEM sekolah rendah, Pertandingan STEM Action Song sekolah rendah, Pertandingan Saintis Muda sekolah menengah dan rendah, Pertandingan Maths Magic sekolah rendah, Bengkel asas robotik, Bengkel Astronomi, Soap Bubbles, Sun Gazing, Science Magic Tricks serta pelbagai pameran oleh agensi awam dan swasta  seperti Robotic In Future, Digital Library, Aeroangkasa, Petrosains, STEM Education with Drone Technology, Science Explorer, Pusat Sains Negara cawangan utara, Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan utara, Pameran Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pemeran Bergerak Teknologi Hijau oleh pihak CETREE, USM.

 38875484 515089488904817 5233471053799358464 o 1

Beberapa alatan kit hand’s on telah dipamerkan oleh Unit Pameran Bergerak (UPB), CETREE bertujuan bagi memupuk minat para murid untuk mengenali dangan lebih dalam mengenai Teknologi Hijau, Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga serta aplikasinya. Antara kit hand’s on yang dipamerkan ialah Rumah Pintar, Kereta Hydro, Kuasa Gelombang, Kuasa Angin, Air Bersih dan Biomass. Kesimpulannya, pameran ini telah menambahkan ilmu pengetahuan kepada para murid mengenai Teknologi Hijau dan Tenaga Boleh Baharu serta menarik minat mereka untuk mempelajari ilmu sains dengan lebih mendalam lagi. 

Teks : Nurul Syifa Abdul Latiff, Ummul Hayak Shabudin, Nur Hidayah Kosim, Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.