CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL STEM & KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

YAN, KEDAH, 23 JULAI 2023 - Karnival STEM & Karnival Kemahiran Digital peringkat sekolah tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya sepanjang 1 bulan lebih yang pada 11hb Jun sehingga 23hb Julai 2023. Pada tarikh 23hb Julai berlangsung dengan penuh kemeriahan dan bermakna buat seluruh warga SMK Yan, Kedah serta sekitarnya mengadakan majlis perasmian penutup Karnival STEM & Karnival Kemahiran Digital tahun 2023. Di mana, Dewan Bendahara, SMK Yan, Kedah dan seluruh warga sekolah menjadi saksi program kali kedua dijalankan selepas SMK Yan terpilih menjadi sekolah STEMEC pada tahun 2022.

Karnival ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah dan secara tidak langsung menyokong aktiviti STEM yang dijalankan di seluruh sekolah di Malaysia. Karnival diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha, Encik Ahmad Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran), Daerah Kuala Muda Yan, Kedah sebagai perasmi karnival. Turut sama hadir mengiringi tetamu adalah En. Ahmad Badri Abu Bakar, Pengetua, SMK Yan bersama Dr. Mohd Sukri Shafie, Pegawai CETREE, CGSS, USM. Antara yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung adalah seperti Kuiz Kemahiran Digital, STEM Decahtlon Challenge, Bridge Building Competition, STEMPRENEUR, Scientific Poster, Roket Air, Boat Stim, Rubic Cube, STEM Talent Show, Drone Challenge, Pertandingan Inovasi 5R, dan pameran daripada agensi pendidikan kerajaan dan swasta.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.