KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 29 SEPTEMBER 2022 - Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Ahmad Badawi telah mengadakan Karnival STEM peringkat sekolah yang berlangsung pada hari Rabu bersamaan dengan 28 September 2022. Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk meningkatkan minat dan kesedaran murid menengah rendah dan atas dalam penguasaan STEM. Karnival ini turut melibatkan penyertaan dikalangan murid dan guru-guru di kawasan sekolah berhampiran seperti SMK Agama Al-Irshad dan SMK Datuk Hj. Abdul Kadir.
Karnival yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid dari tingkatan satu sehingga tingkatan enam serta guru-guru yang hadir ke karnival tersebut. Segala atur cara yang ditetapkan berjalan dengan lancar dan jayanya sepanjang karnvial tersebut berlangsung. Di samping itu, terdapat agensi-agensi kerajaan turut sama memeriahkan karnival tersebut seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau (UPB), CETREE yang menerangkan tentang Tenaga yang digunakan secara cekap, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pulau Pinang dimana sesi penerangan ringkas alat 3D Modelling, Universiti Sains Malaysia, Transkrian, Nibong Tebal yang menawarkan kos kejuruteraan, Pusat Astronomi Matrikulasi dari Kolej Matrikulasi kampus Pulau Pinang (KMPP) yang giat melaksanakan program berteraskan astronomi, Institut Latihan Perindustrian, Kepala Batas (ILP) menawarkan latihan kursus kemahiran dalam pelbagai bidang, Politeknik yang menawarkan kursus bagi merancang permohonan lanjutan pengajian bagi murid tingkatan lima, Kolej Vokasional menawarkan latihan kemahiran kepada murid tingkatan emapat dan Institut Kemahiran Mara yang menyampaikan maklumat-maklumat pendidikan yang ditawarkan.
Selain itu, terdapat pameran Teknologi canggih, dipamerkan oleh murid sekolah yang berlandaskan tema STEM iaitu bagi membantu murid-murid mempunyai daya kreativiti dan pemikiran yang berinovasi seperti ynag terkandung di dalam pembelajaran pada abad ke-21 serta kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT). Antara alat teknologi canggih yang dicipta oleh murid-murid adalah mesin Automatic Car Wash dan mesin Cat Feeder. Pihak sekolah juga ada mengadakan pertandingan Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau peringkat sekolah. Pemenang pertandingan ini akan mewakili sekolah ke Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bakal berlangsung pada bulan November 2022 nanti.
Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau (UPB), CETREE juga telah dijemput bagi mengadakan pameran Teknologi Hijau serta memberi penerangan yang berkaitan kaedah Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga yang diaplikasikan pada lori bergerak tersebut. Wajah ceria murid-murid dapat digambarkan apabila mereka untuk mencuba simulasi Kecekapan Tenaga yang disebabkan pada lori bergerak tersebut. Pihak CETREE berharap agar pameran yang disediakan telah dapat membantu usaha memperkasa budaya STEM dalam kalangan generasi muda kini dari segi teknologi.
Teks : Husna Aqilah Haslan
Foto : Syafiq Saifullah Azmi
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email :