CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL YAHIJAU PAGOH 2015

PAGOH, 7 Mac 2015– Karnival YaHijau Pagoh yang bertemakan Membudayakan Amalan Hijau bertempat di Kompleks Sukan pagoh, Muar berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira hampir 3,000 orang pengunjung. Pelbagai generasi dan bangsa yang hadir bagi memeriahkankan lagi suasana karnival tersebut. Karnival diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin bagi melancarkan karnival tersebut dan penubuhan sukarelawan Green Brigade. Sukarelawan Green Brigade adalah inisiatif YaHijau untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh golongan belia khususnya pelajar yang akan diberi pengetahuan untuk mengaplikasikan amalan hidup hijau dalam aktiviti harian mereka. 

pagoh 1    pagoh 2

Dalam ucapannya, beliau mahu setiap lapisan masyarakat supaya lebih peka tentang tanggungjawab bersama bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi. Beliau berkata, walaupun kerajaan sentiasa memberi penjelasan dan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar tetapi apa yang lebih penting agar mereka sendiri menyedarinya. Selain itu juga, beliau turut menyatakan bahawa Antara sumber/bahan semula jadi yang perlu kita hargai dan jaga sepenuhnya adalah air, tenaga elektrik dan udara bersih.

YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, masyarakat perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik khususnya berdisiplin dalam menjadualkan penggunaan sumber-sumber berkenaan.

pagoh 3    DSC 6917

Turut hadir ialah Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri DiRaja Mahdzir Khalid, YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Datuk Loo Took Gee, Exco-exco Kerajaan Negeri Johor, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Hijau Malaysia, Kelly Ang Lay Chieng, Pengarah CETREE & GT, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan  Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor serta Ketua-ketua Masyarakat Tempatan. 

pagoh 4    pagoh 5

Pelbagai aktiviti menarik antaranya kiosk pameran barangan berasaskan teknologi hijau & eko, senamrobik zumba, pertukaran lampu jimat tenaga secara percuma, larian hijau sejauh 5km, eco-treasure hunt, demonstrasi kenderaan elektrik dan mesra alam, program kitar semula barang terpakai, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan futsal serta sukan rakyat. Di akhir majlis berkenaan, para tetamu kehormat dibawa melawat booth pameran peserta-peserta Kem Teknologi Hijau peringkat Negeri Johor 2015 yang disertai oleh pelajar – pelajar disekitar daerah yang terdapat di negeri Johor serta agensi-agensi, Jabatan/Agensi negeri Johor serta syarikat-syarikat teknologi hijau yang mempamerkan pameran produk dan perkhidmatan teknologi hijau.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.