CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KEMPEN KESEDARAN 5R DAN ZERO PLASTIC DI SMK ST MICHAEL, IPOH

IPOH, PERAK, 9 JULAI 2024 - SMK St. Michael telah menganjurkan satu program jemputan sempena Kempen Kesedaran 5R bagi tujuan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di peringkat sekolah. Majlis ini telah disertai oleh semua warga sekolah tersebut serta jemputan-jemputan khas yang turut hadir memeriahkan majlis. Antara jemputan yang hadir ialah Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, CGSS, USM, Encik Sariman Kassim dari Sektor Pembelajaran PPD Kinta Utara, Encik Nazrin Cheong Abdullah, Yang Dipertua PIBG, Encik Anthony Lourdes, dan Encik Chan Hoong Foong dari Old Michaelians' Association (alumni St. Michael). Tetamu kehormat dan delegasi CETREE, CGSS, USM telah disambut mesra oleh Tuan Pengetua , Encik Phoon Kean Loon dan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Encik Harjit Singh Ojala , diiringi sambutan 3 musim yang terdiri dari tarian singa , paluan kompang dan gendang. Tuan Pengetua Encik Phoon Kean Loon telah membuka majlis dengan sepatah dua kata aluan dan seterusnya Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei turut menyampaikan amanat dan ucapan ringkas beliau mengenai kesedaran 5R sebelum pelancaran perasmian.

Pentas majlis dihiasi dengan hasil karya murid sekolah berupa papan tanda kesedaran dan pokok bunga hasil tangan para murid sekolah berkenaan. Terdapat juga sesi pemberian hadiah bagi pertandingan penghasilan sepanduk Kempen 5R dan penyampaian cenderamata kepada pihak CETREE, USM. Sebelum majlis bersurai, sesi bergambar dengan laungan "ZERO PLASTIC" bersama sepanduk turut diadakan. Pihak sekolah juga telah melakukan beberapa sesi interaktif antara delegasi USM dan warga sekolah. Sesi interaktif pertama melibatkan murid di beberapa kelas Tingkatan Tiga bagi menjalankan kuiz ringkas dan laungan “ZERO PLASTIC” bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai pelaksanaan sifar pengggunaan plastik di sekolah menjelang 1 Ogos 2024.

Selain itu, terdapat juga lawatan ke Taman Tunas Hijau yang dijalankan, selain melawat Sudut Tunas Hijau yang mempamerkan hasil tangan para murid dalam mengolah sisa plastik sekali guna. Antara inovasi yang dihasilkan ialah Alat Penapisan Air yang dibuat sepenuhnya menggunakan plastik sekali guna yang terdapat dalam kawasan sekolah. Inovasi tersebut telah memenangi Tempat Kedua Peringkat Daerah Kinta Utara dalam sebuah pertandingan yang disertai mereka. Selain itu, lawatan ke kelas Tingkatan 6 juga turut diadakan, di mana Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei memberi ucapan ringkas tentang penggunaan plastik sekali guna kepada pelajar Tingkatan 6 dan menggalakkan mereka menceburi bidang berkaitan sains dan menerokai bidang Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Teks / Foto : Muhammad Firdaus Hakimi Mohd Nordin

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.