CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • KEMPEN PENJIMATAN TENAGA, AIR DAN SISA-SISA PEPEJAL DIKALANGAN WARGA HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM (HSAH), SG.PETANI, KEDAH

KEMPEN PENJIMATAN TENAGA, AIR DAN SISA-SISA PEPEJAL DIKALANGAN WARGA HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM (HSAH), SG.PETANI, KEDAH

SUNGAI PETANI, 16 Ogos 2016 – Pihak Pengurusan Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah dengan kerjasama pihak Edgenta Mediserve Sdn. Bhd.(EMSB) telah mengadakan satu Kempen Kesedaran Penjimatan Tenaga, Air dan Sisa-Sisa Pepejal kepada masyarakat dan seluruh warga staf  Hospital Sultan Abdul Halim. Kempen ini berlangsung selama sehari dan ia diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai tertinggi agensi kerajaan dan swasta dalam memberikan idea-idea serta pandangan positif berkaitan kempen yang dijalankan ini dan berpeluang meluangkan masa melawat ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE.

20160815 111448

Objektif utama kempen ini adalah untuk menyemai amalan kesedaran tentang penjimatan Tenaga, Air dan Sisa-Sisa Pepejal di kalangan masyarakat dan seluruh warga staf  Hospital Sultan Abdul Halim. Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial masyarakat dan warga staf di jabatan kerajaan yang positif berkenaan penjimatan Tenaga, Air dan Sisa-sisa Pepejal.

2016 08 15 10.43.54

Ciri-ciri sosial yang positif akan memupuk sesuatu masyarakat dan warga staf di jabatan kerajaan  mengaplikasikan amalan penjimatan Tenaga, Air dan Sisa-sisa Pepejal dalam kehidupan seharian. Isu penjimatan Tenaga, Air dan Sisa-sisa Pepejal adalah sangat penting bagi membantu kerajaan dalam usaha bagi mendidik masyarakat dan warga staf di jabatan kerajaan tersebut menggunakan sumber tenaga yang sediada seminima yang mungkin. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjimatkan penggunaan bahan api (minyak,gas dan arang batu) yang semakin susut bekalannya di Malaysia. Malahan pula,bagi mewujudkan satu mekanisma pemindahan ilmu dan komunikasi yang strategik, maka tumpuan yang disasarkan ialah masyarkat umum dan warga staf di jabatan kerajaan seperti Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah untuk memahami dan memberi sokongan terhadap perancangan negara, program-program pendidikan, latihan dan kesedaran tentang penjimatan Tenaga, Air dan Sisa-sisa Pepejal adalah amat diperlukan.

2016 08 15 10.19.05

Tujuan Kempen Penjimatan Tenaga, Air dan Sisa-sisa Pepejal tersebut diadakan adalah untuk menyemai tabiat menggunakan tenaga, air dan sisa pepejal secara bijaksana dan berkesan. Antara aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kempen berlangsung merupakan pameran dan ceramah daripada agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Keementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kedah Medical Centre (KMC), CETREE serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp).

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.