KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATETIK (STEM) ZON UTARA 2017
GELUGOR, 13 Ogos 2017 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama pihak Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan Kolokium Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matetik (STEM) 2017 - Zon Utara sebagai salah satu Inisiatif Pengukuhan STEM dengan objektif untuk meningkatkan minat murid, kemahiran guru dan kesedaran orang awam terhadap bidang STEM. Program yang berlangsung pada 12 Ogos 2017 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, DTSP, Universiti Sains Malaysia (USM).
Kolokium Pendidikan STEM khusus kepada kaunselor-kaunselor dan guru bidang STEM di sekolah menengah bagi memberikan kefahaman dan kesedaran tentang ilmu dan kerjaya dalam bidang STEM serta keperluan pihak industri yang meliputi forum, pameran dan bengkel berkaitan STEM.
Pelbagai program yang dijalankan sepanjang seharian Kolokium STEM Utara 2017 berlangsung. Antaranya seperti ucapan Dasar dan Pembangunan Pendidikan oleh Y.Bhg Datuk Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Forum yang bertajuk bidang STEM dan Keperluan Industri, Forum Kerjaya Bidang STEM dan aktiviti Hand’s On. Selain daripada itu juga, program ini diserikan dengan booth-booth pameran indoor dan outdoor seperti daripada sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan Universiti Awam serta Swasta yang berkaitan dengan bidang STEM.
Pada masa yang sama, Program Kolokium Pendidikan STEM diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan 1 Malaysia, YB Datuk P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan sebagai tetamu kehormat bagi menjayakan program sekaligus merasmikan program yang berlangsung selama sehari tersebut. Semasa lawatan, YB Dato’ Timbalan Menteri Pendidikan 1 Malaysia turut sama sudi meluangkan masa melihat dan mengisi minyak masak terpakai ke dalam Unit Pameran Bergerak CETREE dengan diiringi oleh Profesor Datuk Dr. Asma Ismail FASc, Naib Canselor USM.
Yang turut hadir dalam Program Kolokium Pendidikan STEM ini, Pengurusan tertinggi USM, YBrs Dr Habibah Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr Ahmad Rafee Che Kassim
Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Datin Dr Ng Soo Boon, Timbalan Pengarah STEM, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Encik Shaari bin Osman, Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Dr. Norlida Buniyamin, Naib Presiden IEM (Institute of Engineers Malaysia).
Teks : Syafiq Saifullah Azmi / Foto: Muhammad Amsyar Muzamuddin