KONTINJEN SELANGOR TAWAN PENTAS KEBANGSAAN, JULANG TROFI KTL KEBANGSAAN TAHUN 2026
SUNGAI PETANI, KEDAH, 16 Februari 2026 – Setelah melalui perjalanan yang penuh cabaran dan penantian, Karnival Tenaga Lestari (KTL) Peringkat Kebangsaan 2026 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang. Karnival yang menghimpunkan hampir 300 peserta terdiri daripada murid dan guru pembimbing ini menjadi medan pertemuan idea, inovasi dan semangat juang daripada enam negeri rintis iaitu Pahang, Selangor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Penganjuran oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa literasi tenaga di peringkat sekolah. Pelbagai inisiatif kesedaran serta pemindahan ilmu berkaitan tenaga lestari berjaya dilaksanakan, sekali gus menyemarakkan budaya celik tenaga dalam kalangan generasi muda di seluruh negara. "Montaj Karnival Tenaga Lestari (KTL) Peringkat Kebangsaan 2026"
Karnival ini direalisasikan melalui kerjasama strategik antara CETREE, CGSS, Yayasan Hijau Malaysia serta enam Jabatan Pendidikan Negeri sebagai negeri rintis, termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Berteraskan objektif untuk mengetengahkan elemen pendidikan, kesedaran dan amalan tenaga lestari, karnival ini menjadi simbol kesungguhan dalam membudayakan literasi tenaga dalam kalangan warga sekolah. Inisiatif ini turut disokong oleh Malaysia Energy Literacy Program (MELP), agensi utama di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), manakala Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) membiayai sepenuhnya pelaksanaan program ini.
Berlangsung dari 9 hingga 12 Februari 2026 di Swiss Avenue Hotel, karnival ini menjadi acara kemuncak yang sekian lama dinanti-nantikan. Selepas tertangguh hampir dua tahun akibat kekangan teknikal yang tidak dapat dielakkan, pentas ini akhirnya menjadi ruang untuk bakat muda bersinar dengan penuh keyakinan dan kreativiti. Sorakan dan debaran menyelubungi dewan pertandingan yang mempertandingkan pelbagai kategori inovatif seperti Kediaman Pintar Cekap Tenaga, Solar Car Time Attack Race dan Solar Car Knockout Race, Fotografi Tenaga, Kuiz Tenaga Lestari, Poster Tenaga Generatif AI serta Reka Cipta Inovasi Tenaga. Setiap pembentangan dan perlumbaan mempamerkan daya fikir kritis, kreativiti serta komitmen tinggi peserta terhadap masa depan tenaga lestari negara.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Encik Azlan Jamil, manakala Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Abdul Rahim Mat, menyampaikan ucapan aluan yang penuh inspirasi. Turut hadir ialah Penyelaras CETREE merangkap wakil Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, bersama barisan tetamu kehormat dan panel hakim berpengalaman.
Penjurian dilaksanakan secara profesional oleh barisan pakar akademik dan teknikal daripada Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah serta Yayasan Hijau Malaysia. Ketelitian, kepakaran dan pengalaman luas mereka memastikan setiap penyertaan dinilai secara adil, telus dan berintegriti selaras dengan standard pertandingan peringkat kebangsaan. Antara juri yang dilantik ialah Profesor Kehormat Dr. Haslan Abu Hassan selaku Ketua Hakim Karnival Tenaga Lestari Peringkat Kebangsaan 2026, Prof. Madya Dr. Ng. Theam Foo, Prof. Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Prof. Madya Dr. Iskandar Shahrim Mustafa, Prof. Madya Dr. Radzi Ismail, Ts. Dr. Segar Rajamanickam, PJK., Dr. Shida Irwana Omar, Ts. Dr. Md Baharuddin Haji Abdul Rahman, Ts. Dr. Ramona Ramli, Dr. Muhammad Shabir Shaharudin, Encik Muhammad Asyraf Mohd Ali serta Encik Jasni Hashim.
Di sebalik kejayaan penganjuran ini, sokongan teknikal yang mantap daripada pegawai meja enam negeri rintis Jabatan Pendidikan Negeri serta guru-guru teknikal negeri turut menjadi tulang belakang kelancaran program. Karnival Tenaga Lestari 2026 bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi sebuah gerakan kesedaran. Ia adalah manifestasi harapan — bahawa generasi muda hari ini bukan sahaja memahami kepentingan tenaga lestari, malah bersedia menjadi peneraju perubahan demi masa depan negara yang lebih hijau dan mampan.
Berikut merupakan senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan pada Karnival Tenaga Lestari (KTL) Peringkat Kebangsaan 2026. Bagi pertandingan Fotografi Tenaga , tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Zhafif Zulkifli, tempat kedua oleh Adam Hakimi Mohd Azmil dan johan ialah Zara Maisarah Noorul Hassan dari Pulau Pinang.
Dalam pertandingan Poster Tenaga Generatif AI, tempat ketiga dimenangi oleh Iqram Syahmi Abdul Hisham dan Amirul Azim Abdul Hisham, tempat kedua oleh Saiprasad Rau a/l Suresh Rao dan Sharifah Nur Damia Syed Shukran, manakala johan ialah Nur Aqeela Mohd Nazrul Hanif dan Muhammad Saif Atif Safal dari Selangor.
Bagi Kuiz Tenaga Lestari, tempat ketiga dimenangi oleh Abner Sivasanggar dan Muhammad Rizq Affan Yaafar, tempat kedua oleh Tan Chun Chye dan Kheshev a/l Vasudevan, manakala johan ialah Too Sze Jieh dan Adrian Darwisy Azizul dari Selangor.
Dalam pertandingan Reka Cipta Inovasi Tenaga, tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Rayyan Ee Muhammad Ee, Chai Ming Zhou dan Wi Eugene, tempat kedua oleh Chan Win Yin, Jovan Cheah Zhiwei dan Ong Tzi Yen, manakala johan ialah Nur Naadhirah Humaira Mat Suhaimi, Nayli Syazwina Suaib dan Izz Nur Ayesha Mohd Husni dari Pulau Pinang.
Bagi pertandingan Kediaman Pintar Cekap Tenaga, tempat ketiga dimenangi oleh Hana Solehah Normohamad Khalim, Qaseh Nurania Elisya Muhamad Juhari dan Muhammad Aqeef Rayyan Mohd Syazwan Ariff, tempat kedua oleh Ammar Abdul Rahim, Kartikeyn a/l Kunalan dan Mohamed Irfanullah Amin, manakala johan ialah Siti Khodhijah Aznan, Fatihah Insyirah Mohd Hairul dan Intan Nur Solehah Salehudin dari Selangor.
Bagi pertandingan Solar Car Time Attack Menengah, tempat ketiga dimenangi oleh Damia Nurnajibah Imtiaz Shah Rizal dan Wan Arissa Dania Wan Kamarulzaman , tempat kedua Intan Nur Azreen Mohd Hafiz Farzuan dan Nur Alisya Maisara Mahadi, manakala Johan ialah Mahathir Othman dan Muhammad Irfan Zaidan Ahmad Azizi dari negeri Pulau Pinang. Seterusnya Pertandingan Solar Car Rendah, tempat ketiga dimenangi oleh Nur Ayuni Nadzirah Abdul Aziz dan Dhiya Nuraqilah Imtiaz Shah Rizal, tempat kedua oleh Alethea Azlee Zan Azlee dan Sarah Lily Ariff Ikhwan, manakala Johan ialah Abid Thaqif Mohd Azhar dan Muhammad Fawwaz Mohammad Rafly dari negeri Perak.
Bagi pertandingan Solar Car Knock Out Race Menengah, tempat ketiga dimenangi oleh Nurzahrah Nabilah Sallehudin dan Wan Aleesya Iman Wan Yusmanisan, tempat kedua oleh Damia Nurnajibah Imtiaz Shah Rizal dan Wan Arissa Dania Wan Kamarulzaman, manakala Johan Ahmad Darwisy Irfan Ahmad Dhamiri dan Abdul Muiz Bin Mohd Ariffin dari negeri Melaka. Bagi pertandingan Solar Car Knock Out Race Rendah, tempat ketiga dimenangi oleh Sumayyah Syarifah Kamaruddin dan Nur Afifah Auni Muhammad Mukhlis Lawrence, tempat kedua oleh Abid Thaqif Mohd azhaff dan Muhammad Fawwaz Mohammad Rafly, manakala Johan ialah Nur Ayuni Nadzirah Abdul Aziz dan Dhiya Nuraqilah Imtiaz Shah Rizal dari negeri Selangor.
Pada penghujung acara kemuncak, Kontinjen Negeri Selangor dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival Tenaga Lestari (KTL) Peringkat Kebangsaan 2026, sekali gus mencatat sejarah sebagai juara sulung bagi penganjuran edisi pertama pertandingan berprestij ini. Majlis penyampaian hadiah diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Yang Berusaha Encik Azlan Jamil serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Yang Berusaha Encik Abdul Rahim Mat, AMK., BCK., yang menyampaikan trofi juara keseluruhan, sijil penghargaan dan mock cheque bernilai RM3,000 kepada kontinjen yang berjaya.
Kejayaan ini bukan sekadar simbol kemenangan, malah menjadi manifestasi keberkesanan penganjuran karnival dalam menyemai kesedaran, memperkukuh literasi tenaga dan menyampaikan pemindahan ilmu berkaitan tenaga lestari kepada murid-murid sekolah, sekali gus melahirkan generasi muda yang lebih peka, berpengetahuan dan bersedia mendepani cabaran masa depan tenaga negara.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi/Megat Nurhaziq Aiman Megat Mohd Adnan / Muhammad Khairul Anwar Md Nor
Foto : Sekretariat KTL Kebangsaan 2026