Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KONVENSYEN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN STEM NEGERI PULAU PINANG 2023 (PESINPRO23')

GEORGETOWN, PULAU PINANG, 21 SEPTEMBER 2023 - Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussien Onn (YGTHO) telah menganjurkan Konvensyen Projek Inovasi Pendidikan STEM Negeri Pulau Pinang 2023 (PesInPro23'). Program ini merupakan program dibawah seliaan Unit Pengurusan Bakat, Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Tujuan pelaksanaan projek ini untuk memupuk amalan nilai profesionalisme dan pembudayaan bidang STEM dalam kalangan guru-guru di negeri Pulau Pinang. Antara kategori yang di pertandingkan untuk sesi penjurian ialah 10 orang guru kategori Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) STEM, 5 orang guru Inovasi Projek STEM dan 5 orang guru Inovasi STEM Pendidikan Khas.

 

 

Dalam program ini, kepakaran dan perkhidmatan daripada CETREE , CGSS sebagai jemputan salah seorang panel penilai di mana Dr. Mohd Sukri Shafie dilantik oleh sekretariat PesInPro23 untuk menilai guru-guru yang memasuki pertandingan inovasi tersebut. Selain itu, kepakaran daripada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia , Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Institut Pendidikan Guru turut sama diberikan kepercayaan dan tanggungjawab bagi mengadili pertandingan tersebut. Konvensyen yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 19-20hb September 2023 bertempat di The Top Ballroom, KOMTAR, Pulau Pinang. Pelbagai reaksi dan telatah gerak-geri guru-guru yang hadir semasa sesi pembentangan dijalankan sepanjang penjurian berlangsung sangat memberikan impak postif kepada seluruh tenaga pengajar khususnya kepada guru-guru di seluruh negeri Pulau Pinang dalam menghasilkan bahan bantu mengajar melalui kepakaran dan idea guru-guru berkaitan STEM sekaligus menarik minat murid-murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi