CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • KUNJUNG BANTU,TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019 ZON PANTAI BARAT DAN ZON PANTAI TIMUR

KUNJUNG BANTU,TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019 ZON PANTAI BARAT DAN ZON PANTAI TIMUR

Pekan, Pahang, 15 Julai 2019 – Penganjuran siri Bengkel Training of Trainers (ToT) Sekolah Menegah telah dilaksanakan dengan jayanya di seluruh Malaysia bermula sejak pertengahan tahun 2018 hingga pada awal tahun 2019. Bengkel tersebut merupakan salah satu aktiviti bagi Projek Pembangunan Ilmu, Implementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum bagi Pemantapan Pendidikan Lestari di bawah pelaksanaan CETREE dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan utama pelaksanaan Bengkel ToT Modul TH Sekolah Menengah adalah untuk memberi latihan berkaitan ilmu TH kepada guru sekolah menengah bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Kimia, Fizik dan Asas Kelestarian. Disamping itu, bengkel berkenaan juga dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan guru bagi melaksanakan penyebaran ilmu TH dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran terlibat mahupun dalam aktiviti kokurikulum.

 SESI BERGAMBAR AAIBE SMK RAJA MUDA MUSA

Sebanyak 25 Bengkel ToT Jurulatih Utama (JU) dan 1 Bengkel ToT Jurulatih Utama Pakar (JUP) bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Kimia dan Fizik serta 2 Bengkel ToT Jurulatih Utama (JU) mata pelajaran Asas Kelestarian telah berjaya dilaksanakan melibatkan anggaran 2265 orang guru (JUP/JU) yang menerima latihan berkenaan ilmu TH. Bagi melihat tahap keberkesanan Bengkel ToT melalui pelaksanaan Modul TH di peringkat sekolah, satu sesi lawatankunjung bantu, taklimat dan agihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah dijalankan melibatkan 15 buah sekolah yang mewakili 5 buah sekolah di setiap negeri di zon Pantai Barat dan zon Pantai Timur. Bermula pada tarikh 24 Jun sehingga 12 Julai 2019 yang melibatkan sekolah yang dipilih berdasarkan laporan yang dihantar JUP atau JU kepada pihak CETREE seterusnya diputuskan melalui pemilihan akhir sekolah dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

 PROJEK TONG KITAR SEMULA SMK ASSUNTAPROJEK TH SMK CONVENTSESI LAWATAN TAPAK SMK SAUJANA UTAMADEMOSTRASI AKTIVITI MURID SMK SULTAN YUSSUF

Sekolah-sekolah yang terlibat bagi zon Pantai Barat dan zon Pantai Timur dalam lawatan kunjung bantu pelaksanaan penyebaran aktiviti modul TH di peringkat sekolah bermula dengan lawatan kunjung bantu di negeri Perak (SMK Convent Taiping, Larut Matang/Selama, SMK Tun Perak, Kuala Kangsar, SMK Sultan Yussuf Batu Gajah, Kinta Selatan, SMK Jelapang Jaya, Kinta Utara dan SMK Anderson, Kinta Utara) seterusnya di negeri Selangor (SMK Saujana Utama, Kuala Selangor, SMK Raja Muda Musa, Kuala Selangor, SMK Assunta, Petaling Utama, SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Utama dan SMK Tun Perak, Gombak) dan yang terakhir di negeri Pahang (SMK Lanchang, Temerloh, SMK Seri Bera, Bera, SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, SMK Beserah, Kuantan dan SMK Indera Shahbandar, Pekan).

 SESI SOAL JAWAB SMK ANDERSONSMK INDERA SHAHBANDAR

Disamping lawatan kunjung bantu, pemberian BBM TH turut sama diberikan kepada sekolah-sekolah terpilih di setiap negeri yang dikunjungi oleh pihak CETREE, KPM, YaHijau dan MESTECC. BBM TH tersebut merupakan salah satu bahan sokongan dalam penyebaran ilmu TH di peringkat sekolah. Lanjutan lawatan tersebut, satu makmal dan penerangan ringkas berkaitan BBM TH turut sama diadakan bagi membantu memudahkan JUP/JU bagi setiap negeri menggunakannya dengan lebih efisen dan berkesan lagi.

Objektif utama kunjung bantu ini adalah untuk melihat kembali pelaksanaan Bengkel ToT peringkat negeri yang telah dijalankan pada tahun 2018 dan 2019 melalui penilaian secara kunjung bantu ke 5 buah sekolah-sekolah terpilih di setiap negeri yang diberikan oleh JPN setiap negeri dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Ini melibatkan juga beberapa maklum balas kekurangan serta kemajuan daripada sekolah-sekolah yang mempunyai JUP negeri yang telah melaksanakan bengkel TOT Modul TH di peringkat sekolah pada tahun 2018 dan 2019.

 SESI TAKLIMAT PENGGUNAAN BBM PAHANG

Lawatan kunjung bantu di zon Pantai Barat dan zon Pantai Timur yang berlangsung selama sehari mempunyai intipati dan pengisian seperti sesi ucapan aluan dariapda Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus, Pensyarah Kehormat Universiti Sains Malaysia merangkap Timbalan Pengarah CETREE diikuti dengan sesi JUP/JU sekolah membuat Pembentangan pelaksanaan penyebaran aktiviti modul TH di peringkat sekolah, sesi lawatan lokasi sekolah, sesi semakan senarai pelaksanaan aktiviti TH di sekolah, sesi soal jawab, sesi penerangan cara pelaksanaan BBM TH, sesi penyerahan set BBM TH, sesi penerimaan set BBM TH dan diakhiri dengan sesi rumusan.

Pengakhiran setiap lawatan kunjung bantu di zon Pantai Barat dan zon Pantai Timur yang diadakan, diserikan lagi dengan kehadiran Puan Nubailah binti Arshad, Ketua Unit, Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE), MESTECC serta wakil pegawai daripada CETREE, Yayasan Hijau Malaysia, JPN dan KPM bagi melihat dan memantau cara pelaksanaan Modul TH dan BBM TH serta memberi komen-komen yang membina kepada JUP/JU negeri dalam pelaksanaan Modul TH di sekolah masing-masing. Sesi bergambar bersama JUP/JU dan pihak pengurusan sekolah sebagai kenang-kenangan menjadi acara terakhir bagi penutup setiap lawatan kunjung bantu. 

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.