CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • KUNJUNG BANTU,TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019 ZON SABAH, SARAWAK DAN W.P.LABUAN

KUNJUNG BANTU,TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019 ZON SABAH, SARAWAK DAN W.P.LABUAN

Wilayah Persekutuan Labuan, 9 September 2019 – CETREE dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya menganjurkan siri Bengkel Training of Trainers (ToT) Sekolah Menegah di seluruh Malaysia. Pelaksanaan siri jelajah bengkel tersebut telah berlangsung bermula pada pada pertengahan tahun 2018 sehingga awal 2019. Bengkel ToT ini merupakan salah satu aktiviti bagi Projek Pembangunan Ilmu, Implementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum bagi Pemantapan Pendidikan Lestari. Tujuan utama pelaksanaan Bengkel ToT Modul TH Sekolah Menengah adalah untuk memberi latihan berkaitan ilmu TH kepada guru sekolah menengah bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Kimia, Fizik dan Asas Kelestarian. Bengkel ini juga dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan guru bagi melaksanakan penyebaran ilmu TH dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran terlibat mahupun dalam aktiviti kokurikulum.

 1 10bc5c3e55 8d9f 44b0 a16e 23ebc494cc8e

Sebanyak 25 Bengkel ToT Jurulatih Utama (JU) dan 1 Bengkel ToT Jurulatih Utama Pakar (JUP) bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Kimia dan Fizik serta 2 Bengkel ToT Jurulatih Utama (JU) mata pelajaran Asas Kelestarian telah berjaya dilaksanakan melibatkan anggaran 2265 orang guru (JUP/JU) yang menerima latihan berkenaan ilmu TH. Bagi melihat tahap keberkesanan Bengkel ToT melalui pelaksanaan Modul TH di peringkat sekolah, satu sesi lawatankunjung bantu, taklimat dan agihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah dijalankan melibatkan 15 buah sekolah yang mewakili 5 buah sekolah di setiap negeri di zon Sabah, zon Sarawak dan zon W.P. Labuan. Bermula pada tarikh 19 Ogos sehingga 6 September 2019 yang melibatkan sekolah yang dipilih berdasarkan laporan yang dihantar JUP atau JU kepada pihak CETREE seterusnya diputuskan melalui pemilihan akhir sekolah dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

 1 91 61 111 30

Sekolah-sekolah yang terlibat bagi zon Sabah, zon Sarawak dan zon W.P. Labuan dalam lawatan kunjung bantu pelaksanaan penyebaran aktiviti modul TH di peringkat sekolah bermula dengan lawatan kunjung bantu di negeri Sabah (SMK Takis, Papar, SM Stella Maris, Kota Kinabalu, SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, SMK St John, Tuaran dan SMK Arshads, Kota Belud) seterusnya di Sarawak (SMK Kota Samarahan, Kota Samarahan, SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching, SMK Lake, Bau, SMK Padungan, Kuching dan SMK Penrissen, Padawan) dan yang terakhir di negeri W.P.Labuan (SMK Lajau, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SM St Anne dan SMK Rancha Rancha). Disamping lawatan kunjung bantu, pemberian BBM TH turut sama diberikan kepada sekolah-sekolah terpilih di setiap negeri yang dikunjungi oleh pihak CETREE, KPM, YaHijau dan MESTECC. BBM TH tersebut merupakan salah satu bahan sokongan dalam penyebaran ilmu TH di peringkat sekolah. Lanjutan lawatan tersebut, satu makmal dan penerangan ringkas berkaitan BBM TH turut sama diadakan bagi membantu memudahkan JUP/JU bagi setiap negeri menggunakannya dengan lebih efisen dan berkesan lagi.

 1 21 41 5

Objektif utama kunjung bantu ini adalah untuk melihat kembali pelaksanaan Bengkel ToT peringkat negeri yang telah dijalankan pada tahun 2018 dan 2019 melalui penilaian secara kunjung bantu ke 5 buah sekolah-sekolah terpilih di setiap negeri yang diberikan oleh JPN setiap negeri dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Ini melibatkan juga beberapa maklum balas kekurangan serta kemajuan daripada sekolah-sekolah yang mempunyai JUP negeri yang telah melaksanakan bengkel TOT Modul TH di peringkat sekolah pada tahun 2018 dan 2019. Lawatan kunjung bantu di zon Sabah, zon Sarawak dan zon W.P. Labuan yang berlangsung selama sehari mempunyai intipati dan pengisian seperti sesi ucapan aluan dariapda Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP), Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Penasihat CETREE diikuti dengan sesi JUP/JU sekolah membuat Pembentangan pelaksanaan penyebaran aktiviti modul TH di peringkat sekolah, sesi lawatan lokasi sekolah, sesi semakan senarai pelaksanaan aktiviti TH di sekolah, sesi soal jawab, sesi penerangan cara pelaksanaan BBM TH, sesi penyerahan set BBM TH, sesi penerimaan set BBM TH dan diakhiri dengan sesi rumusan.

 1 231 29eb9a0973 e587 44a6 afbc 922f7aee884a

Pengakhiran setiap lawatan kunjung bantu di zon Sabah, zon Sarawak dan zon W.P. Labuan yang diadakan, diserikan lagi dengan kehadiran wakil pegawai daripada CETREE, Yayasan Hijau Malaysia, JPN dan KPM bagi melihat dan memantau cara pelaksanaan Modul TH dan BBM TH serta memberi komen-komen yang membina kepada JUP/JU negeri dalam pelaksanaan Modul TH di sekolah masing-masing. Sesi bergambar bersama JUP/JU dan pihak pengurusan sekolah sebagai kenang-kenangan menjadi acara terakhir bagi penutup setiap lawatan kunjung bantu.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.