CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • KUNJUNG BANTU,TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019 ZON SELATAN

KUNJUNG BANTU,TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019 ZON SELATAN

Jasin, Melaka, 9 September 2019 – CETREE telah berjaya melaksanakan Bengkel Training of Trainers (ToT) Sekolah Menegah di Peringkat Negeri seluruh Malaysia. Siri bengkel ini telah bermula pada pertengahan tahun 2018 dan berakhir pada awal tahun 2019. Bengkel ToT ini merupakan salah satu aktiviti bagi Projek Pembangunan Ilmu, Implementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum bagi Pemantapan Pendidikan Lestari di bawah pelaksanaan CETREE dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bengkel ToT Modul TH Sekolah Menengah bertujuan untuk memberi latihan berkaitan ilmu TH kepada guru sekolah menengah bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Kimia, Fizik dan Asas Kelestarian dan seterusnya mewujudkan kesedaran dalam kalangan guru bagi melaksanakan penyebaran ilmu TH dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran terlibat mahupun dalam aktiviti kokurikulum.

 IMG 20190818 100905IMG 20190905 132047

Sebanyak 25 Bengkel ToT Jurulatih Utama (JU) dan 1 Bengkel ToT Jurulatih Utama Pakar (JUP) bagi mata pelajaran Sains, Biologi, Kimia dan Fizik serta 2 Bengkel ToT Jurulatih Utama (JU) mata pelajaran Asas Kelestarian telah berjaya dilaksanakan melibatkan anggaran 2265 orang guru (JUP/JU) yang menerima latihan berkenaan ilmu TH. Bagi melihat tahap keberkesanan Bengkel ToT melalui pelaksanaan Modul TH di peringkat sekolah, satu sesi lawatankunjung bantu, taklimat dan agihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah dijalankan melibatkan 15 buah sekolah yang mewakili 5 buah sekolah di setiap negeri di zon Selatan. Bermula pada tarikh 18 Ogos sehingga 6 September 2019 yang melibatkan sekolah yang dipilih berdasarkan laporan yang dihantar JUP atau JU kepada pihak CETREE seterusnya diputuskan melalui pemilihan akhir sekolah dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). 

 IMG 20190819 122114IMG 20190821 102330IMG 20190821 102420IMG 20190821 102339

Sekolah-sekolah yang terlibat bagi zon Selatan dalam lawatan kunjung bantu pelaksanaan penyebaran aktiviti modul TH di peringkat sekolah bermula dengan lawatan kunjung bantu di negeri Johor (SMK Taman Nusajaya, SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, SMK Tasek Utara 2, SMK Majidi Baru 2 dan SMK Dato’ Usman Awang, Johor Bharu) seterusnya di Negeri Sembilan (SMK Raja Jumaat, Port Dikcson, SMK Dato Hj Hassan Hj Sail, Rembau, SMK Taman Semarak, Seremban, SMK Felda Bandar Baru Serting, Jempol/Jelebu dan SMK Tunku Muhammad, Kuala Pilah)dan yang terakhir di negeri Melaka (SMK Infant Jesus Convent, Melaka Tengah, SMK Sultan Alauddin, Alor Gajah, SMK Nyalas, Jasin, SMK Iskandar Shah, Jasin dan SMK Seri Tanjong, Melaka Tengah). Disamping lawatan kunjung bantu, pemberian BBM TH turut sama diberikan kepada sekolah-sekolah terpilih di setiap negeri yang dikunjungi oleh pihak CETREE, KPM, YaHijau dan MESTECC. BBM TH tersebut merupakan salah satu bahan sokongan dalam penyebaran ilmu TH di peringkat sekolah. Lanjutan lawatan tersebut, satu makmal dan penerangan ringkas berkaitan BBM TH turut sama diadakan bagi membantu memudahkan JUP/JU bagi setiap negeri menggunakannya dengan lebih efisen dan berkesan lagi.

 IMG 20190905 092832WhatsApp Image 2019 08 22 at 1.52.15 PMIMG 20190820 093848IMG 20190820 163119

Objektif utama kunjung bantu ini adalah untuk melihat kembali pelaksanaan Bengkel ToT peringkat negeri yang telah dijalankan pada tahun 2018 dan 2019 melalui penilaian secara kunjung bantu ke 5 buah sekolah-sekolah terpilih di setiap negeri yang diberikan oleh JPN setiap negeri dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Ini melibatkan juga beberapa maklum balas kekurangan serta kemajuan daripada sekolah-sekolah yang mempunyai JUP negeri yang telah melaksanakan bengkel TOT Modul TH di peringkat sekolah pada tahun 2018 dan 2019. Lawatan kunjung bantu di zon Selatan yang berlangsung selama sehari mempunyai intipati dan pengisian seperti sesi ucapan aluan dariapda Profesor Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei, Pengarah CETREE dan Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus, Pensyarah Kehormat Universiti Sains Malaysia merangkap Timbalan Pengarah CETREE diikuti dengan sesi JUP/JU sekolah membuat Pembentangan pelaksanaan penyebaran aktiviti modul TH di peringkat sekolah, sesi lawatan lokasi sekolah, sesi semakan senarai pelaksanaan aktiviti TH di sekolah, sesi soal jawab, sesi penerangan cara pelaksanaan BBM TH, sesi penyerahan set BBM TH, sesi penerimaan set BBM TH dan diakhiri dengan sesi rumusan.

 IMG 20190821 102621IMG 20190821 105412IMG 20190821 102956

Pengakhiran setiap lawatan kunjung bantu di zon Selatan yang diadakan, diserikan lagi dengan kehadiran wakil pegawai daripada CETREE, Yayasan Hijau Malaysia, JPN dan KPM bagi melihat dan memantau cara pelaksanaan Modul TH dan BBM TH serta memberi komen-komen yang membina kepada JUP/JU negeri dalam pelaksanaan Modul TH di sekolah masing-masing. Sesi bergambar bersama JUP/JU dan pihak pengurusan sekolah sebagai kenang-kenangan menjadi acara terakhir bagi penutup setiap lawatan kunjung bantu.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.