IPOH, PERAK, FEBRUARI 2023 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, USM telah mengadakan kunjungan rasmi ke Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP) bagi membincangkan kerjasama yang bakal dijalankan pada tahun 2023 -2025. CETREE yang diketuai oleh Dr. Mohd Sukri Shafei, Pegawai Kanan CETREE bersama Encik Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) serta sekretariat CETREE menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan pihak JPNP dalam merealisasikan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III- peringkat negeri Perak yang akan bakal dijalankan. Perbincangan tersebut bertujuan bagi adalah untuk memaklumkan hasrat CETREE dalam menjayakan program bersama-sama guru pembimbing seramai 250 orang, guru lain seramai 3125 orang, pasukan utama murid seramai 2250 orang dan murid lain seramai 62500 orang dalam kalangan 125 buah sekolah menengah di dalam 12 buah daerah dengan memperkasakan, pengetahuan, kesedaran dan amalan guru serta murid berkaitan sisa plastik dan kaedah terbaik untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna di sekolah negeri Perak.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Encik Mohd E'fa Khadri, Penolong Pengarah, dan pegawai-pegawai daripada Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPNP. Hasil daripada perbincangan ini, pihak CETREE menyatakan bahawa ini merupakan tawaran yang mampu meningkatkan pencapaian berkaitan kesedaran ilmu berkaitan amalan hijau dalam isu kelestarian dikalangan warga sekolah. Selain itu juga, pelbagai cadangan, sesi maklum balas dapat dibincangkan bagi membantu menjayakan program ini dengan jayanya pada masa program yang bakal dilaksanakan kelak.
Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi