Kunjungan hormat pertama Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE merangkap Pengarah Centre for Global Sustainability Studies (CGSS) ke Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bertemu bersemuka dengan Dr. Nurul Muiz Murad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia (YHM) lantikan baharu pada tahun 2023. Kerjasama antara Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan CETREE, Universiti Sains Malaysia (USM) telah bermula sejak tahun 2015, memfokuskan usaha untuk memperkenalkan pendidikan dan kesedaran tentang Teknologi Hijau kepada semua murid dan seluruh masyarakat di Malaysia. Kerjasama ini telah berterusan sehingga hari ini. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak, serta bertukar pandangan dan berkongsi idea-idea baru dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), khususnya dalam penerapan Teknologi Hijau di sekolah-sekolah.