KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN HIJAU MALAYSIA (YAHIJAU) KE PUSAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN TENAGA BOLEH BAHARU, KECEKAPAN TENAGA DAN TEKNOLOGI HIJAU (CETREE>)
MINDEN, Januari 2016 – Kunjungan hormat pertama Ketua Pegawai Eksekutif YaHijau, Encik Amin Abdullah ke CETREE> tahun 2016. Kerjasama yang terjalin bermula tahun 2015 diantara YaHijau dengan CETREE> berkaitan memperkenalkan pendidikan dan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada seluruh pelajar- pelajar di negara Malaysia sekali lagi berterusan sehingga kini. YaHijau adalah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang berperanan dalam mempromosi dan meningkatkan penyertaan badan korporat, masyarakat dan orang awam terhadap teknologi dan amalan hidup hijau.
Tahun 2016, Universiti Sains Malaysia (USM) bekerjasama erat dengan Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) bagi mewujudkan kesedaran aplikasi hijau dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara.
Projek yang dikenali sebagai Pembangunan Ilmu, lmplementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum bagi Pemantapan Pendidikan Lestari itu dilaksanakan bersama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE>) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Di samping itu juga, Encik Amin Abdullah turut membuat lawatan ke Pejabat Naib Canselor serta bertemu bersama Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia bagi sesi lawatan rasmi dan melawat pejabat operasi CETREE> serta Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau sepanjang seharian berada diperkarangan Universiti Sains Malaysia.
Dalam majlis lawatan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif YaHijau ke CETREE>, beliau turut diiringi bersama Prof. Madya
Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE>, Tuan Haji Badrol Hisham Mohd. Nowani, Pengurus Operasi
& Strategik CETREE> dan Encik Mohd. Sukri Shafie, Pegawai Penyelidik Kanan CETREE>.