CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KURANGKAN KOS YANG BERLEBIHAN - NC

Pulau Pinang, 10 Jun - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman mengajak semua staf untuk membantu Universiti bagi memastikan semua proses kerja yang dilaksanakan tidak melibatkan kos yang berlebihan. 

“Universiti membelanjakan sebanyak RM45 juta setahun untuk membayar kos penggunaan elektrik bagi ketiga-tiga kampus. Ini bermakna, secara anggaran setiap seorang staf menggunakan elektrik berjumlah RM4.00 sehari,” kata Omar.

Dengan statistik ini, semua staf diseru untuk berjimat cermat dan jangan berlebih-lebihan di dalam perbelanjaan. Beliau berkata demikian di dalam ucapan sempena perhimpunan bulanan yang diadakan di sini hari ini. 

Hal ini juga dibangkitkan oleh Pengarah Pusat Pendidikan & Latihan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (CETREE), Prof. Dr. Haslan Abu Hassan. Beliau menyeru supaya setiap staf memiliki sifat kepunyaan (ownership) terhadap Universiti, tempat mencari rezeki yang halal.

Dengan ini, sikap ikhlas dan bertanggungjawab adalah pengurusan yang terbaik selain mengamalkan strategi lautan biru dengan menghapuskan birokrasi, meningkatkan keupayaan dan mencipta peluang.

“Di CETREE misalnya, semua staf bukan pegawai pun dilatih supaya mampu berkomunikasi dan berhubung terus dengan  ‘paymaster’ dan membina jaringan dengan orang luar,” kata Haslan.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.