LAWATAN DELEGASI PUSAT PEMINDAHAN ILMU DAN JARINGAN INDUSTRI, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) KE CETREE
USM, PULAU PINANG, 21 Julai 2018 - Delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kepakaran Serantau (RCE) Penang, Universiti Sains Malaysia.
Delegasi ini dihadiri oleh :-
1. Dr. Mohd Nizam bin Lani, Pengarah, Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri
2. Profesor Dr. Nora’Aini binti Haji Ali, Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu
3. Profesor Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah, Pengarah, Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
4. Dr. Nor Hayati binti Sa’at, Timbalan Pengarah, (Pembangunan Sosioekonomi) Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
5. Encik Muhammad Syahrunizam bin Abdul Rashid, Penolong Pendaftar, Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
6. Puan Siti Nurhasmira binti Abu Hassan, Penolong Pendaftar, Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri
Lanjutan lawatan tersebut, delegasi UMT juga turut berkesempatan melawat CETREE. Sempena lawatan mereka ke CETREE, Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus, Timbalan Pengarah CETREE telah memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan latar belakang dan peranan CETREE serta aktiviti berkaitan kelestarian yang berfokus kepada Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau yang telah dijalankan oleh pihak CETREE semenjak penubuhan sehingga kini. Lawatan ini diharap dapat memberikan manfaat dan jalinan kerjasama yang baik pada masa akan datang.
Teks : Maznah Mohamed Saipon / Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim / Mohd Raffi Rosmi