CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • LAWATAN KEMBARA ILMU MURID TAHUN 6, SEK.KEB. SUNGAI SELUANG, LUNAS, KEDAH TAHUN 2017

LAWATAN KEMBARA ILMU MURID TAHUN 6, SEK.KEB. SUNGAI SELUANG, LUNAS, KEDAH TAHUN 2017

GELUGOR, 17 Mac 2017- Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang, Lunas Kedah telah menjalankan lawatan kembara ilmu murid tahun 6 ke Pulau Pinang yang melibatkan tiga orang guru pengiring dan 42 orang murid tahun enam sekolah tersebut. Satu daripada tentatif program lawatan ke Universiti Sains Malaysia adalah dengan mengadakan lawatan ke CETREE.

 (youtube video)

Puan Wan Nur Haslina Wan Mazuki, Guru Sains Sek. Keb. Sungai Seluang selaku guru pengiring lawatan ketika ditemu bual berkata “lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang CETREE dan memberi sedikit pengetahuan serta pengalaman kepada murid-murid tentang suasana kampus di USM”.

 20170317 090108

Balqis Abdul Rahman, murid tahun enam Sek. Keb. Sungai Seluang ketika ditemu bual berkata “melalui lawatan sambil belajar ke CETREE pelbagai ilmu mengenai alam sekitar, Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga telah dapat dipelajari dan difahami”. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa lawatan tersebut iaitu, taklimat berkaitan CETREE oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus, Timbalan Pengarah CETREE dan diakhiri dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak CETREE.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil ( Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

 20170317 103427

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.