LAWATAN KERJA DARIPADA PELAJAR UNIVERSITI ANTARABANGSA (AIESEC - USM - CETREE)
PULAU PINANG, 31 JANUARI 2012 - Hampir setiap semester, Universiti Sains Malaysia merupakan pilihan pelajar-pelajar daripada antarabangsa bagi menuntut ilmu dan menambah pengetahuan dalam pelbagai aspek antaranya pelbagai jurusan subjek yang diminati, peradaban yang baik, berbilang bangsa, keharmonian kawasan belajar dan selamat dari ancaman musuh. Selain itu juga, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak terkecuali dan terkenal di seluruh dunia merupakan negara yang mempunyai bilangan pelajar antarabangsa yang agak ramai.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu destinasi pelajar antarabangsa yang diminati di seluruh dunia. Ini kerana terdapat kriteria-kriteria yang membanggakan dan diiktiraf jurusan serta graduannya di seluruh dunia. International Economic And Commercial Science Student Association (AIESEC) merupakan hasil usahasama diantara pelajar Universiti Sains Malaysia dan Universiti antarabangsa dalam menjalankan program pertukaran pelajar mengikut kepakaran-kepakaran yang ada bagi projek Students Knowledge Transfer Programme (SKTP) dalam jurusan Teknologi Hijau. CETREE merupakan tempat pilihan yang tepat dan mudah bagi melaksanakan aktiviti kesedaran dan kempen berkaitan Teknologi Hijau.
“Pelbagai maklumat serta pendedahan yang boleh didapati dan diberikan oleh CETREE apabila ada pelajar antarabangsa yang berminat ” kata Ketua Sekretariat/Pengurus Tugas CETREE, Tuan Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani. Katanya lagi, Unit Pameran Bergerak merupakan unit yang memperkenalkan konsep Teknologi Hijau yang diaplikasikan pada kenderaan bergerak (Van dan Bas Teknologi Hijau). Selain itu juga, Unit Pameran Bergerak CETREE berperanan penting memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya Teknologi Hijau kepada masyarakat pada masa kini.
Untuk maklumat lanjut berhubung program yang ingin melibatkan Unit Pameran Bergerak CETREE, orang ramai boleh menghubungi CETREE di talian 04-653 3888/2746/2742 atau e-mail: