CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

LAWATAN KERJA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN KE CETREE

IMG 20221201 WA 0055

IMG 20221201 151401 1

IMG 20221201 WA 0053

GELUGOR, PULAU PINANG, 1 DISEMBER 2022 – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke pejabat Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) bagi membincangkan kerjasama yang bakal dijalinkan pada masa hadapan. Pihak JPNS telah membentangkan beberapa kejayaan dalam bidang pengurusan pendidikan yang telah dicapai antaranya Coloured Codes School Target (COCO STAR) dalam mengemaskini pencapaian setiap sekolah di Negeri Sembilan. Selain itu, pihak JPNS menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan pihak CETREE, USM dalam merealisasikan program “Jom Gogar” yang akan bakal dijalankan. Program ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah STEM Hub yang akan melibatkan agensi-agensi luar yang mampu menerapkan unsur STEM bagi murid-murid yang akan melawat di tapak STEM hub ini. Oleh itu, pihak CETREE telah ditawarkan sebuah lokasi di STEM Hub bagi mewujudkan sebuah jalinan dan jaringan pintar di antara pihak JPNS dan CETREE, USM. Oleh itu, pihak JPNS berharap agar dengan usaha pelaksanaan program ini mampu menerapkan unsur Teknologi Hijau dalam kalangan pendidik dan murid yang mengunjungi STEM Hub ini.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nor Hashim Othman, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPNS, Puan Shahrul Badriyah Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Unit Sains Matematik, JPNS, Encik Bilezan Baghdadi, Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran, JPNS, Puan Norliza Basiron, Penolong Pengarah JPNS, Puan Haryaty Abdul Jalil, Penolong Pengarah, JPNS, Encik Ahmad Fahmi Ismail, Mentor TIMSS PISA Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE, CGSS dan pegawai daripada CETREE, USM.
Hasil daripada perbincangan ini, pihak CETREE menyatakan bahawa ini merupakan tawaran yang mampu meningkatkan pencapaian STEM di Negeri Sembilan. Di akhir perbincangn, CETREE, USM amat menghargai usaha murni Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dalam membangunkan STEM Hub di kawasan selatan semenanjung Malaysia. Sebagai bukti sokongan secara tidak langsung, CETREE, USM telah menghadiahkan 1 set bahan bantu mengajar bagi sekolah menengah dan 1 set bahan bantu mengajar bagi sekolah rendah dalam usaha menyebarkan kesedaran berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau CETREE, CGSS, USM untuk diletakkan di dalam galeri STEM Hub yang akan dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Selain itu juga, sesi lawatan ke Unit Pameran Bergerak dan sesi bergambar bersama turut diadakan selepas perbincangan bersama di antara JPNS dan CETREE, CGSS, USM.

Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

IMG 20221202 WA 0054

IMG 20221202 WA 0131

IMG 20221202 WA 0057

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.