GELUGOR, PULAU PINANG, 9 SEPTEMBER 2022 – Lawatan dan kunjungan kerja Data Input Projek Penambahbaikan Portal Malaysia Energy Information Hub (MEIH) dan Aplikasi Mobile MyEnergyStats daripada Pegawai-Pegawai Unit Data dan Penyelidikan Tenaga, Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia) dan Xentral Methods Sdn. Bhd. berjalan lancar dengan jayanya pada hari Jumaat bertarikh 8hb September 2023 bertempat di Pejabat Utama CETREE di Banguna TORAY-USM. Lawatan ini bertujuan fokus utama kepada Unit Data dan Penyelidikan Tenaga, Suruhanjaya Tenaga (ST) ke CETREE bagi membincangkan dan mendapatkan input data berfokuskan kepada program Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga yang diimplementasikan oleh CETREE kepada murid-murid Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah seluruh Malaysia.
Pelbagai input, maklum balas dan syarat persetujuan dapat dinoktahkan bersama sepanjang seharian keberadaan pegawai-pegawai ST di CETREE. Antaranya seperti segala maklumat-maklumat yang diambil dan dibangunkan dalam aplikasi Portal Malaysia Energy Information Hub (MEIH) haruslah mempunyai garis panduan melalui surat rasmi permohonan atau dengan lebih jelas lagi pemilikan bersama kerana segala maklumat yang digunapakai oleh CETREE, ia akan melibatkan pelbagai agensi-agensi kerjasama jaringan bersama CETREE sehingga kini. Turut sama hadir bersama empat orang pegawai ST dan 3 orang pegawai Xentral Methods Sdn.Bhd. ke CETREE yang diketuai oleh ialah Cik Nur Shakina Sharif, Penolong Pengarah, Unit Data dan Penyelidikan Tenaga, Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia. Manakala CETREE diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) merangkap Penyelaras CETREE, USM
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE